Aiman : Objek ape kat depan ni? saya boleh nampak muka saye..
Mama : Aiman, ni cermin..mirror..cermin memantulkan imej objek (translate dari lecture notes kah?hahaha, Mama tak ajar Optical Image kat kelas :D)
Aiman : betul ke ni Aiman? ke kawan Aiman? Nak kiss sikit boleh? Nak rasa la ape rasenye..
Aiman : Bestnye leh posing macam2 depan cermin ni!! I'm very happy!
Buat Aiman Hakim anakku sayang;
Mengapa cermin dicipta? untuk membolehkan kita melihat pantulan imej kita sendiri seperti kita melihat pantulan wajah di dalam air. Supaya kita boleh melakukan sebarang aktiviti atau tindakan untuk tontonan diri sendiri. Contohnya, Aiman nak sikat rambut sendiri masa besar nanti. Aiman memerlukan cermin untuk melihat keadaan rambut yg Aiman dah sikat tadi. Untuk membetulkan kancing butang. untuk melihat betapa kemasnya kita berpakaian. Kalau Aiman hanya berpandukan Mama untuk buat semua tu, mungkin Aiman takkan rasa puas hati selagi tidak melihat dgn mata sendiri.
Cermin sgt berjasa pada kita Aiman. bila Aiman besar nanti, selalu2lah cerminkan diri. lihat kelemahan diri supaya boleh dibetulkan samada luaran dan dalaman. Cerminlah diri selalu supaya kita tidak meninggi diri. Cerminlah diri supaya kita sentiasa tahu batas-batas yg sesuai untuk sesuatu perkara.
Namun Aiman, jangan terlalu obses dengan cermin sebab Aiman tak akan keluar dari kepompong diri jika terlalu membataskan diri. Jangan terlalu obses dengan cermin untuk menjadi terlalu sempurna kerana tiada manusia yg dilahirkan untuk menjadi terlalu sempurna kecuali idola kita Nabi Muhammad s.a.w. Di sinilah letaknya fungsi akal dan fikiran supaya dapat menilai mana yg baik dan mana yg buruk.
Mungkin terlalu mendalam untuk Mama jelaskan kepada Aiman sekarang ni. Tapi diary ni ibarat pesanan dan wasiat Mama kepada Aiman. Mama tak mungkin dapat sampaikan semua kepada Aiman sekaligus masa Aiman dewasa nanti. Ingat pesan Mama, selalulah cermin diri. bermuhasabah diri setiap hari supaya kita sentiasa berubah kepada perkara2 yg positif setiap hari. Ikut resmi padi ye nak, makin tunduk, makin berisi.
Salam sayang dari Mama :)
Muahh!
3 comments:
dah pose depan cermin ..pastu letakkan ia kat tmpat lain..jgn letak kat bawah..nnti pecah..di buatnya ketuk dgn alat yang tajam kt cermin tu lagi bahaya ho...
anaknya semkin sihat ya
kiutnya. kem salam aiman! hehe.
suri : alhamdulillah :)
shafiq: timekasih abg shafiq..aiman tersenyum suka :)
Post a Comment