Showing posts with label 8bulan. Show all posts
Showing posts with label 8bulan. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

Bagan Lalang yg damai..

sesekali ingin melepaskan lelah
meredakan sebarang tekanan
menjauhkan diri dari kesibukan kota
mencari kedamaian menghargai alam ciptaan tuhan

selamat datang..


Bagan Lalang..
Alhamdulillah
setiap detik kita lalui dgn kegembiraan
Subhanallah, cantiknya pemandangan ciptaan Allah
terasa tenang di sana

Berjalan di bawah teduhan yg rendang

bergembira bersama yg tersayang


mengabadikan kenangan berlatang belakangkan pantai (tapi cerah sgt)

Merehatkan badan dan minda

Menghirup udara yg segar

Pantai.. airnya surut pada masa ni

Aiman nak layang2 ye, dah besar nanti mama belikan

gambar Aiman main air pantai takde
first time ye Aiman jejak kaki ke pantai
pandai die tatih2 dgn abah dalam air
Macammana aiman, puas hati tak?

Yes, I LIKE!!
Selamat tinggal pantai yg cantik
nanti kami datang lagi 
sambil menikmati makanan laut yg enak2


Pulang dengan senyuman
(",)

Wednesday, January 19, 2011

Aiman..instructor senaman

Ye kawan2
hari ni Aiman nak ajar cara2 exercise yg betul
exercise ni penting untuk menguatkan otot2 kita
dan memahirkan motor skill saya


Ini namanya senaman hindustan
sambil membuat muka menggoda
kira sampai 8
senaman ni menguatkan otot lengan saya
dgn cara menampung berat badan saya
mengikut arah graviti
supaya saya tak jatuh ke bawah


selepas menguji kekuatan lengan
kita juga bina otot kaki
menampung berat badan agar tidak jatuh ke bawah
sila angkat sebelah tgn dan diganti pula dgn tgn sebelah lagi
(saya harap lepas ini saya dapat berdiri dgn tegak)
dgn mengangkat bahagian abdomen dan kepala ke atas


senaman ini pula untuk latihan kepejalan pinggul saya
latihan memerlukan instrument tambahan
saya hanya guna peket pampers saja
sebab mama cakap takperlu beli alat exercise lagi


Setelah melibatkan otot2 di bahagian bawah, kita terus membuat senaman di bhg atas bdn
latihan untuk jari jemari dan mulut
sambil ditemani patung yg comel sebagai pendorong utama


kite close up sikit lagi
jika boleh libatkan sekali
otot2 di bahagian muka
seperti pipi dan kening


bagaimana rasanya kawan2
selepas selesai semua work out
adakah kawan2 dapat merasa apa2 perubahan?
jadilah sihat dan kuat seperti saya!
dan juga paling penting


ceria-ceria selalu!

Monday, January 17, 2011

Aiman dan Puting Susu Y

" Eh eh..susu Aiman tak tumpah?" tanya seorg saudara apabila melihat Aiman menterbalikkan botol susu yg penuh dgn susu..

"Oh, puting ni puting Y (Y-cut nipple)..die tak tumpah kecuali bile disedut" balas Mama..

Sabtu lepas kita berkumpul di rumah Tok Teh di Taman Sri Serdang. 2,3 org saudara kita amat berminat dgn puting susu Aiman..hehe, Mama bukan promoter barang, tapi Mama promotekan puting susu ni sebab die best! Susu hanya akan mengalir keluar bila puting disedut. Sebelum tu pun masa kita g Manjaku, Abah dah belikan 6 lagi puting Y jenama Pigeon utk Aiman. Kenapa Mama suka? Kenapa Abah suka? sebab bila Aiman main2 dgn botol susu, ataupun waktu kritikal di tgh malam, susu takkan tumpah bila ditonggeng2kan. takdela encik semut datang gigit anak mama ni, atau takdela membazir susu tumpah atas katil.  maklumla, anak mama ni macam2 gaya pegang botol..kadang2 sebelah tgn, kadang2 main2, tapi selalunya malas nak pegang..(hmmm..) adakah sebab di train mama dan abah tolong pegang? takpela kot, demi keselamatan anak.

Lagipun dgn berita yg tidak menyenangkan, kisah baby meninggal tersedak ketika minum susu, amat menakutkan..Jadi kita pilih jalan selamat dan sgt memberi manfaat. Ada satu lagi jenis puting yg Mama beli iaitu X-cut. Mama jumpa 2 brand yg jual X-cut, Tollyjoy dan Bebe. Kelebihan X-cut adalah utk cereal..masih menggunakan konsep yg sama, susu takkan tumpah bila diterbalikkan, tapi lubang X-cut membolehkan baby minum susu yg dicampurkan dgn nestum..menarik kan? tapi utk X-cut kalo aiman tertekan hujung puting botol susu ni, masih akan tumpah jugak sebab lubangnya besar dari Y-cut.

Perbandingan puting susu (Pigeon)

Puting Y



Saje berkongsi info hari ni..sharing is caring son! ok, utk tatapan Aiman sayang hatiku..gambo awakleee..



Wajah hepi Aiman duduk dalam troli
Semalam kite shoping barang rumah di econsave. Walaupun 5min nak ke econsave, tapi 20minit nak cari parking. nape ntah smalam ramai betul org shopping kat econsave? nak kata gaji dah masuk, tgh bulan..maybe sebab persediaan Chinese New Year kot..walaupun dah shopping barang Aiman di Manjaku Sabtu, tetap jugak ade terselit beli barang Aiman ahad tu. Hepi betul awak ye, dapat duduk kat troli tu. Mama sgt hepi sebab Aiman sgt behave sepanjang kita shopping sampaila balik. bagi makan biskut pun, fokus je makan..nyum2..


Aiman khusyuk main toy baru.
Aiman hepi tak main toy baru? kejap aje die main pun..Saba jela kan, dahla Abah beli mahal. Aiman suka jugak, tapi main kejap2, dah lama nanti baru ulang balik main camtu le. dah namanya Aiman Hakim kan, die suke main bende2 yg takboleh dimain..wayarla, extension la, suratkhabar la, ape2 jela..tapi takpe, itu namanya exposure dan mainan jugak penting utk perkembangan sense dan minda. bulan depan la pulak mainan baru utk Aiman ye. bulan ni main je ape yg ada kat umah dulu termasukla barang2 rumah :D

Taksabar rasanya nak tgk milestone Aiman utk 9bulan nanti. Makin manja adala. tapi kalo berdiri tu taksuka org pegang, nak lepas2 tgn pulak. konon terer la tu ye..ish2..Semoga hari2 kita dimanfaatkan dgn baik sayang. Mama rindu Aiman Hakim!

Sunday, January 16, 2011

Pneumococcal Vaccine yg sgt penting..

Pagi tadi Abah dan Mama bawak Aiman ke klinik Annur utk dapatkan Vaccine PREVANAR utk penyakit Pneumococcal..(teringat pulak; mama selalu ingatkan student Mama supaya sebut Newmokokel sebab ade yg akan sebut penyu...)


Ia adalah suntikan optional yg sepatutnya mula diberi pada usia 2bulan..ada 4 dos, bermula 2bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 12 bulan..tapi disebabkan beberapa perkara anak mama ni lambat ambil suntikan ni..syaratnya masa ambil tak boleh demam..lagi satu mama taksampai hati pulak nak bagi bersama2 suntikan yg diwajibkan government..plus ade je aral yg melintang, akhirnya Aiman 8bulan 3mggu baru dapat suntikan ni..


Perlu ke mama?? Aiman takutla
Pada Mama dan Abah, perlu sayang ambil suntikan ni..kalau tidak Encik Bakteria Streptococcus pneumoniae, atau pneumococcus akan menyerang saluran pernafasan dan menyebabkan jangkitan dalam darah, meningitis (membran tulang belakang/otak/CNS-central nervous system), radang peparu@pneumonia, dan juga radang2 pada telinga dan hidung. Penyakit ini jika dibiarkan akan menyebabkan masalah pembelajaran, kehilangan pendengaran, gangguan pertuturan, kecacatan otak ataupun maut. Untuk info lebih lanjut boleh tanya Prof Wikipedia ye..


Mama bincang2 jugak dgn Dr Khairul Azman kegemaran Abah & Mama, samada nk ambil vaksin Influenza @ Prevenar ni. Dr ni memang suggestkan Prevanar sebab die cover utk range penyakit yg sgt luas.so, bersedialah Aiman ye..Dr dah pesan, cucuk ni pedih skit. Abah yg pegang Aiman atas katil, Mama hukhuk cam taksampai ati tapi kenalah sampaikan jugak sebab nak yg terbaik utk anak kan..Aiman pulak sgt behave depan Dr Khairul ni. Aiman nangis jugak setelah dicucuk..tapi sekejap ajela..tekejut mungkin..but this is the first time Aiman nangis selama cucuk2 sblm ni..memang logikla sebab Dr sendiri akui pedih..Dr combine kan dos 1 dan dos 2 so aiman ada lagi 2 dos utk diambil nanti..lagi 2 bulan ye..tungguuuuuuu...


Abah pulak mase dalam bilik Dr mase Aiman nangis lepas cucuk dah janji nak beli toy utk Aiman..hehehheh.. So, kita maju terus ke Manjaku!!!!!beli brg keperluan dan seperti yg Abah dah janji kan..Terimakasih abah!!Muahhh2!!


Timekacih Abah & Mama..Macihhhh..




Aktiviti seterusnya kita makan kenduri bersama paklang dan berkumpul saudara mara..jalan2 petang di kajang..hari  ni kurang gambar jadi takbanyakla yg Aiman boleh tgk..kena tanya encik photographer kenapa ye??hehe..


sekarang dah hampir jam 12, Aiman pun sedang lena diulit mimpi..sesekali Aiman menggeliat, trus Mama tepuk2 Aiman..takpun sebab Aiman nakkan pacifiers..baru je tadi Aiman minum susu..takut jugak dibiarkan lama nanti Aiman betul2 bangun..Mama taip diary hari ni atas katil supaya senang nk observe Aiman..risau jugak Aiman sekarang ni pantang takde org kalo bukak mata terus merangkak ke tepi katil..bahayaaa...


Tidur lena2 ye sayang..Mama dan Abah sayang Aiman Hakim!


(pada yg sudi membaca, marila pakat amik ramai2 vaksin ni..jommm..)

Thursday, January 13, 2011

Alhamdulillah, murah rezeki :)

Alhamdulillah..
Murah rezeki Aiman :)
Terima kasih pada semua yg terlibat 
(ceceh..cam ucapan dapat award, 
tapi seriously, thanks pada yg alertkan n pada yg terlibat dalam semua urusan serba serbi)
actually semua baby yg lahir tahun lepas dapat hadiah dari company
tapinya Aiman terlepas dapat adiah
memandangkan Aiman dah 8bulan
HR company dah carikan hadiah yg sesuai
Aiman suke..
Mama pun gembira sebab dapat tumpang murah rezeki Aiman
Mama dapat fresh flower yg sgt sweet leh letak atas meja :)

Cute n sweet..i like!
Hadiah sempena ape ni Mama? Tolong bacakan utk Aiman?
Alhamdulillah, dapat beg susu dgn kawan baru yg sama hijau! (Boleh tak jadi beg sekolah saye?)


Rase mcm nak makan boleh??nyum2..itu saye shuke!

buat renungan Aiman bila dah pandai membaca nanti
baca pesanan Mama ni ye..
sentiasa cuba jadi yg terbaik ye setiap hari
cuba pastikan ada perubahan yg positif setiap hari walaupun sekecil hama
pastikan hari ini lebih dari dari hari semalam, dan esok lebih sempurna dari hari ini.. 

Jadi utk permulaan,
mari kita amalkan amalan murah rezeki ni
walau selalu kita alpa, tapi sekurang2nya kesedaran perlu ada
mama pun harus byk memperbaiki diri
lalai dalam menunaikan tanggungjawab pada Allah
padahal kepada Allah lah tempat kita meminta2..
malulah wahai diri, insan yg sgt kerdil.
mari kita cuba yg terbaik ye sayang..

20 AMALAN MURAH REZEKI
1) Menyempatkan diri beribadah kepada ALLAH SWT
2) Memperbanyakkan istighfar
3) Tinggalkan perbuatan dosa
4) Sentiasa ingat ALLAH SWT 
5) Berbakti dan mendoakan ibu bapa
6) Berbuat baik dan menolong orang lemah
7) Tunaikan hajat orang lain
8) Banyak berselawat
9) Memperbanyakkan kebajikan
10) Berpagi-pagi
(Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.)
11) Menjalinkan silaturrahim
12) Melazimi kekal berwuduk
13) Bersedekah
14) Melazimi solat malam (tahajud)
15. Melazimi solat Dhuha
16. Bersyukur kepada Allah
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.
18. Berdoa
19. Berikhtiar sehabisnya
20. Bertawakal 

Buat Abah, terima kasih selalu mengingatkan Mama. Buat Aiman, yg baik jadikan amalan, yang buruk jadikanlah sempadan :)

Jom Mama, masa bermanja2 bersama!!!

I will always love U, Aiman!
Muah!

Tuesday, January 11, 2011

Aiman di KLCC

Kisah bermula apabila Mama bertugas pada suatu hari Sabtu yg hening (",)


Inilah kali pertama Aiman dapat pergi ke KLCC! (nanti jgn ingat Mama takpenah bawa yeee... :D)
Aiman jugak dapat jumpa dgn ofismate mama..
Ini Auntie Aishah...


Mase memule Mama nk snap pic Aiman senyum..tapi bile klik rupanya die pose muke serius plak ye..Auntie Aishah hepi sebab Aiman manja ngan die, lentok kepala kat auntie..

Aiman pandang sape..? Amar..oh mama..
Aiman dapat jugak jumpa Auntie Wani dan Auntie Ayuni.. tapi mintakmaaf la Auntie Wani dan Auntie Aishah, kite jumpe 5minit aje..Mama rushing..cewah..macam bz je, padahal baru nk g solat zuhur..hmmm.. sebabnya waktu mama jaga dah abis, kebetulan Aiman dtg nak amik mama kan :D (aritu abah jadi Mr Mama, congrats to Abah!)

Meluangkan masa dgn Amar tapi gamba ni Aiman tgh sibuk mkn biskut
Aiman dapat kawan baru yg hensem, namanya Iman Muhammad Amar (double M?). behave je Amar ni..banding dgn Aiman yg sgt aktif..huhuhuuu..takpe Amar, ada masa Aiman main2 dgn Amar lagi ye..

Kite close up skit muke Amar ye..

Hello budak ensem..

mari kita pulanggg..
Best tak Aiman jalan2 taman KLCCC? Nanti Aiman dah besar Mama dan Abah bawak lagi ye, masa tu nanti Aiman akan lebih hepi sebab dah boleh main2 kan :D

Monday, January 10, 2011

Si comel POOH

This entry is specially dedicated to Auntie Ina :)
utk membalas emel Auntie Ina yg lepas, jadi Mama pun buatla this special entry
tapi auntie dah lame tak online..nanti jgn terlepas entry ni ye..


taraaaaaaaaaa...




tolong2 saya taknampak!!
Hehe..Auntie, ni la baju yg auntie hadiahkan pada Aiman
Muat, terima kasih byk2!! Aiman sgt sukeeee..(Mama yg paling suke..hehhe)
tapi betul cakap auntie kene pakai cepat2 nanti takut tak muat dah
sebabnye mulanya Mama nak simpan la baju ni utk ape2 occasion...
tapi takpela..kita cuba2 dulu kat rumah ye Aiman..


Dah macam Red Riding Hood je mama tgk? hehe..

Cak!ooo..baru nampak muka..
biasela kan..sekarang dah besar2 ni Aiman tak suka ada benda atas kepala
pantang letak topi ke ape ke mesti nak buang
tepaksala mama cepat2 snap..pastu tepaksala mama tunjukkan semula belon yg mama sorok pada Aiman tu
bila nampak belon Aiman sgt hepi!dan terlupa skejap yg ada benda atas kepala die tu..


kejar belon tu cepat sayang!


I am little POOH :D



Jom main ngan bola POOH yg makngah adiahkan :)


Mama suruh baling, tapi Aiman suke makan..nyum2..



Auntie Ina, thank u so much! sambil kenyit mata :D

Friday, January 7, 2011

..Bila ku tiup2 recorder itu..

Ini cerita semalam..

Ada satu toy ni
Namanya Harmony Hammer 
(pepandai je Mama namakan sebab depan tulis hammer, kat tepi ada pekataan harmony)
Aiman dapat hadiah toy ni masa umur beberapa hari lagi
Mama simpan toy ni sebab satu perkara
Mama takut Aiman ketuk Mama dgn Abah dgn hammer ni :D

tapi pada mggu lepas
nampaknya Aiman semakin bosan dgn toy yg Aiman ada
Mama pun kuarkanla Hammer ni for instance
Mama ketuk2 hammer ni pada lantai
kuarla bunyi yg menarik perhatian
cam bunyi kasut baby prewalker tu
nampaknya Aiman suke..
(dalam hati; jgnla ketuk org ye sayang)

Hammer yg serbaguna


beberapa hari selepas tu
masa Mama, Aiman dan Abah main bersama2
Aiman discover satu benda
hammer ni boleh ditiup
Abah tegur; eh, ni recorder la!!
ooo..rupanya hammer ni ada 2 function
bestla jugak

semalam
Masa kita tinggal berdua
Mama tiup2 hammer ni bagaikan recorder betul
dan Mama bagi pada Aiman
impressed nye mama
bila Aiman ambil batang hammer ni
dan tiup hammer ni same exactly like what i did!!
dgn jari2 yg diangkat 
(mcm mama demonstrate jari pada lubang tu diangkat2 mcm main recorder la)
dan kuarla bunyi yg betul
mama discover
milestone bulan ini:
Aiman memang boleh ikut apa yg ditunjuk depan matanya
dan Aiman dah pandai meniup instead of hanya menyedut dan menggigit/menjilat
pandaila anak mama ni..
sayang die sayang die...
Muahhhhhhhhhhhh.. 

Lagu ape Aiman tiup tu?


Feeling tiup recorder.. :D

bagus jugak toy ni ye..hehehe..
terimakasih pada yg memberi
saya tau dia memberi seikhlas hati
terimakasih sekali lagi!
saya sayang awak juga!

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Datang 2011

Salam tahun baru
harini dah 4hari kita melangkah ke tahun baru 2011
tapi dah 29 hari kita di tahun 1432 Hijrah
maafla Aiman, Mama tak sempat nak update diary ni
tak boleh jadi PA yg bagus ni..hmmmm..heheeee
sepanjang bulan 12 sendiri pn byk bende terlepas
tapi Aiman tak kisah kan sayang?



Selamat tahun baru semua =D

Ape azam baru anak mama ni?
hehe..harusla Aiman blm tahu lagi ape tu azam..
Mama doakan Aiman jadi anak yg baik dan soleh
Mama akan sentiasa doakan yg terbaik buat Aiman


Rajin2 berdoa pada Allah ye sayang supaya sentiasa dekat padaNya

Ini kisah semalam
Aiman hepi dapat belon
Mama bawak balik dr tempat keje mama..heheeheee..
Tapi tgk tu, nape sayang sedih?
oohhh..sebab Mama sorokkan belon tu dari Aiman

Nape Mama sorok belon Aiman? :(

nape ye?
Aiman scratch belon tu dgn kuku!!!ouwchhh!!
peluk2 beluk tu macam bola
gigit2 belon tu walaupun takde gigi
harusla Mama rasa sgst risau kan..

sedapnye die gigit2 belon ni..

Aiman suke scratch2 belon sebab ade bunyi best! 


kalo2 mase Aiman peluk2 meletup tiba2?
ha..melalakla anak Mama ni menjelang maghrib tu
nanti Aiman dah besar dh faham Mama belikan Aiman belon ye..


 
Milestone 8bulan..
Aiman pandai sebut "ABUUUUUUUUUUUUU"
takpun "ABUAAAAHHHH"
means? "ABAH"!!


Muah2!! (sape photographer??ehem2..gatal tekak pulak :p)

takpe, Aiman takpandai sebut Mama lagi pun takpe
asalkan Aiman kenal sape Mama nye
yg Aiman suke sembam2kan muka sebelum nk tido
yg Aiman pandai nak cium2 sebelum nak tido
dekat org lain Aiman takbuat ok..heheheeeee..
(manisnya rasa menjadi ibu)
tapi nampaknya Aiman semakin manja
dibandingkan mase usia Aiman 4-6bulan
yg nampaknya Aiman lebih independent
dah takboleh duduk sorang2 skrg walau baru ditinggalkan 2minit
mesti menjerit2 dgn sepenuh perasaan
Aiman dah sgt suka menjerit sampai terkeluar urat leher
utk 2 keadaan,
kekadang hepi, kekadang bila nk nangis
suka buat suara 'rock' jugak
nyanyila konon ye..
anak manja Mama ni...hmmmm
suka sgt kalau dicium
tapi kalau peluk lama2 Aiman akan tolak 
tak kirala sape pun
tapi kalau time ngantuk lebih senang Abah yg tidurkan sambil berdukung
macam2 peel kan?
yg pasti;
Mama rindu Aiman!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...