Monday, December 19, 2011

A Famosa Resort. Review 1.

Dear Aiman, Aiman ingat tak percutian kite ke melaka tempoh hari? Alhamdulillah, percutian kite anak beranak ke A Famosa Resort Melaka berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah. Aiman nampak sgt2 hepi!

Kita sekeluarga pergi dgn Tok dan Opah, satu kereta, dan Maklong sekeluarga satu kereta. kita bertolak lambat sikit sebab kita pergi kenduri sepupu Tok di Shah Alam dulu. Lepas kenduri terus gerak ke Melaka. Sampai dalam lebih kurang hampir pukul 5 petang. cuaca, alhamdulillah tak hujan.

Dah janji dgn owner homestay Di Villa Beverly Hills, kak Iza (Aiman panggil auntie tau) pemilik Ifazani homestay jumpa depan pintu gerbang A Famosa Resort, terus dia bawa ke rumah penginapan. Alhamdulillah, mama dan abah puas hati dgn layanan dan keadaan rumah tu. jadi, sesiapa yg nak dtg sana boleh cuba duduk di condominium di tingkat 7, Tower 2, Villa Beverly Hills.

Villa Beverly Hills
Yang best tentang penginapan ni? Dekat sangat dengan Safari, Wetworld dan kawasan2 lain spt horse riding, indoor games, dan lain2 yang tak sempat kita explore. Sangat banyaaaakkkkk..Nanti kita jalan2 lagi ke sini :)

Malam tu kita makan di Umbai. Mama bagi Aiman makan ikan bakar, Aiman makan2, yang lebihnya nak air aje..takpela, yg penting makan jugak kan..next time kite cuba makan di Alai pulak ye, ajak abah. Abah belanja makan macam2 pastukan Abah belikan Aiman bola berlampu ade muzik. Suka ye die!

Kenangan makan di Umbai

Malam tu, langit sangat cantik sebab ade gerhana bulan. Subhanallah! Maha suci Allah, dalam perjalanan mama nampak bulan sangat2 cantik dan bulat terang benderang. Masa tu Abah drive, mama ribakan Aiman tidur, takdapat nak tangkap gambar. Abah cuba dapat tangkap sesampai di Umbai, masa gerhana berlaku. Nak tengok koleksi gambar minta abah ye.

Allah Yang Maha Berkuasa. salah satu koleksi gambar Abah

Lepas dah makan, kita semua jalan2 di Kota Melaka, menikmati pemandangan malam Banda Hilir. Cantik! Lepas dah ambil angin malam, terus balik ke homestay dan tidur.

Bangun pagi esoknya, kita semua makan roti yang mama bawa bersama jem dan kaya, ada biskut gula, tapi rupa-rupanya owner homestay hantar makanan pagi, nasi lemak!wah, gembira lagi dgn servis yang diberikan. Lepas bersiap-siap, kita gerak ke kawasan Safari dan Waterpark. Tok dan Opah tak ikut, rehat2 di rumah. Rupa-rupanya parking yang sama untuk safari dan waterpark, sekali parking RM3. sebab ikut plan awal pagi mandi di waterpark, makan di luar pastu baru pergi safari. nampaknya plan dah bertukar kepada:
Melawat Safari waktu pagi (atas nasihat penjual tiket di kaunter; kalau hujan, show safari dibatalkan, pagi tak hujan), lepas tu baru mandi di waterpark. Ada taman Jurassic, mama dan Abah teringin nak pegi, tapi tak sempat. Nak beli tiket masuk beratur lamaaaaaaaaaa. mama dan Aiman tak beraturla, Aiman main dgn abg Haziq. Apa yg menarik di safari?

Gajah menunggu di pintu gerbang Safari untuk dinaiki
Di dalam Safari

Beratur naik LORI..

Mulanya kita naik (Aiman panggil LORI) melawat seluruh safari. beratur panjangggggggg nak naik..pusing2 tengok macam2 binatang, harimau, singa, zebra, rusa dll :)


Emm..rasanya takpayahle kut letak gamba binatang banyak2 kat sini..Aiman nak tengok, tengok kat computer ye sayang.. :) Kawasan safari terbahagi kepada 2, satu untuk lawatan dgn truck(jalan lain) satu lagi, untuk jalan kaki (laluan lain). yang bahagian jalan kaki sendiri tu cantik2 dan best. Lepas tu kite pegi Chicken Farm..ha kat sini Aiman sukela dapat tengok KOKOK kesukaan Aiman. ada arnab dan macam2 spesis ayam.
Boleh cek laluan mana nak pegi
Telur flamingo dan spesis burung dan ayam di Chicken Farm
Beramah mesra dgn ee-oor..ee-oor

Rehat2, hari mula nak hujan, kita makan nasi ayam di tengah2 safari dapat kupon makanan. kite pilih makan nasi ayam, tepi tasik yang berlatarbelakang condo kite duduk tu :)
Abah beratur ambil makanan, mama tangkap gamba Aiman

Lepas makan, kite tengok pertunjukan Wild-wild West Show. Macam teater la berkonsepkan cowboy. Kelakar. tapi kesian Aiman taknampak, sebab kite takdapat seat duduk, bahagian belakang sekali, Mama pun tengok sikit2 sebab sambil2 main dengan Aiman. Bestla. Show start pukul 2.15ptg, kite dtg lambat sikit, dalam 2.40ptg sebab tu dah takde seat. Tapi ape2pun memang dapat tepukan gemuruhla show ni :)

Ada macam2 show sebenarnya, tapi timing tak kena. ada bird show, elephant show, tapi kite dah g show yang paling best as reccommended by penjual tiket, memang puas hatilah show wild-wild west ni.Lepas dah tengok show, gegas ke waterpark. Hari dah rintik2 tapi sebab dah bayar, pegi jugak. Abah bawa Aiman mandi dulu, mama susun2 barang letak dekat kerusi dgn maklong, tutupkan dgn payung, terus pulak join Aiman dan Abah mandi. terlupa nak tangkap gamba Aiman dulu. jadinya gamba yg ditangkap adalah.........

Gamba Aiman kesejukan!
Ala2..siannye Aiman..nak mandi, seronok nak mandi, tapi sebab hujan, angin pun kuat, Aiman dah menggigil2 cakap sejuk2 sampai 10kali, taksampai hati biarkan jugak dalam air, walaupun abang haziq masih lagi seronok mandi. Ada macam2 bahagian dalam waterpark ni. kita pegi ke tempat terbuka, plan nak bawa Aiman ke tempat lain lagi, takjadi, kita berehat2 je kat kerusi sambil tengok org mandi. Aiman kesejukan peluk mama kuat2, mama bagi susu, terpaksa salinkan baju dan pampers sebelah tangan sebab aiman taknak lepaskan pelukan dari mama. aduhai, sayang2..lepas tu sejam jugakla sayang mama ni tidur mama peluk. Abah pergi ke bahagian extreme. pengalaman? BEST!

Dah tido, baru sibuk nak main air..anak sape la ni..

Hampir pukul 6petang, kita terus pulang ke rumah penginapan. Aiman sambung pulak jalan2 dengan Tok dan Opah, sebab dah cas energy kan? Mama naik solat sambil tunggu Abah beli makanan malam dan terus beli tiket untuk night show di COWBOY TOWN.

Nak tau tentang CARNIVAL? Cowboy Town? Bunga Api?

Jalan2 Melaka?

Kita sambung entry seterusnya :)

4 comments:

Syai Zulkifli said...

wahh! seronoknya aiman gi jalan2 kat melaka! :) mmg best kat A famosa resort ni..sgt sesuai utk family bawa anak jln2. syai pernah pegi masa family day company husband kat situ..stay kat apartment dlm tuh, which apartment pon xigt. rasa mcm tower 2 jgk. tapi bab makanan kat A famosa resort sgtlah fail. xsedap. better carik mknn kat luar.

Ida Adnan said...

wow..bestnye ain g holiday...insyaAllah one day nnt sampaila kami kat sana..
Ahmad tgk gerhana bulan kat masjid shah alam...org sibuk tgk gerhana, dia sibuk tgk air pancut..huhuhu

Mama2Q said...

mama Aiman, baper harga apartment tu, ingat nak gi melaka next week insyaAllah

nur easy said...

sukanya si kecil tu dgn ee-oorr... he3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...