Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Kisah Kecintaan Rasulullah terhadap cucu2nya yang patut dicontohi

Alhamdulillah..hari ni dah masuk hari ke4 umat Islam berpuasa Ramadhan. Aiman puasa tak? mestila tak puasa kan, aiman kan kecik lagi. dan Alhamdulillah, Aiman pun dah sihat dari demam yang panjang. risau mama, senang jugak Aiman berjangkit demam sekarang ni, tapi memang musim sekarang ni musim serangan virus bak kata doktor.

Ihsan Google


Mama nak abadikan kisah lucu Aiman semalam yg takdapat mama lupa sampai bila2. Mama dah biasa solat maghrib berdua bersama2 Aiman setiap hari sementara menunggu Abah balik dari ofis selepas maghrib (utk bulan2 biasa, bukan Ramadhan). Jadi, aksi Aiman menangis2 sementara mama ambil wuduk, ataupun aiman pun basah sama sebab ambil wuduk sama dengan mama adalah perkara yang biasa bagi mama, bila dah jadi rutin mama dah tak rasa ape2 dah, kalo dulu2 memang rasa susah sgt sebab bila mama hilang je dari pandangan die mesti nangis dan menjerit!!hmmm..

bila mama mula je bentang sejadah, Aiman cepat2 akan bediri depan mama, menghadap mama, tapi solat sama2. jadi pandai2la mama solat asalkan menjaga adab jgn bergerak tidak lebih dari 3pergerakan supaya solat tak terbatal. bila mama rukuk, aiman mesti cepat2 sujud dan duduk je dekat tempat sujud mama tu.. kacau2 mama la.. ini semua perkara biasa..dah lali katakan..........

                                                  ---------------------------------------------------

Al-kisahnya semalam, hari ketiga Ramadhan, selepas berbuka dengan air kosong, kurma dan kuih & agar2, mama dan abah solat berjemaah maghrib. mase mama ambil wuduk, aiman pun basuh kaki sama, basah dah seluar die..

bile nak mula solat, dah bentang 3 sejadah, untuk abah sebagai imam, mama makmum dan sejadah kecil khas untuk aiman. sejadah aiman mama letak di sebelah kiri abah, sejadah mama di belakang kanan abah.

Aiman pun memulakan aktivitinya :

1. Angkat sejadah kecik die tu letak tengah2 antara sejadah abah dan mama.
      So, abah pun ubahla letak sejadah aiman betul2 belakang abah, sebelah mama.

2. Bile stat solat, die pun ke depanla duduk macam biasa depan abahla, depan mama la.

3. Sampai di sejadah mama Aiman dah lipat pulak depan sejadah mama tu..hati mama dah grrrrrrr...

4. bila saat rukuk, aiman berdiri depan abah lama menyebabkan kami qiyam lama sebelum sujud.

5. bila dapat sujud, terpaksa mama betulkan skit sejadah supaya dapat sujud (dgn 1 pergerakan shj)

6. bila duduk antara 2 sujud, aiman datang, duduk atas peha mama, rangkul leher mama, dan cium mulut mama!!!!!!!!!!!!!!!!!!

mama dah cair hati di saat itu juga dan terus bagi salam takdapat teruskan jemaah, decide biarla mama jaga aiman dulu sementara abah solat..aduhhhhhh..nak ngorat mama mase solat ke sayang??terus rasa nak tergelak. sayang2. mama yg tak kuat iman terus tak boleh khusyuk solat tak seperti Rasulullah s.a.w yang solat bersama2 cucu kesayangannya Hasan dan Hussein.

sementara tunggu abah habiskan solat, aiman yang duduk atas riba mama ni tarik2 telekung mama. mama berlakon konon2 nangis, Aiman pujuk mama dgn cium pulak pipi mama. pastu, mama buat2 nangis lagi..punyela pandai die pujuk mama dgn buat2 muka ceria depan muka mama dan sengih2 memujuk.. alahai anak manja mama ni, memang penawar hati, penyejuk hati betulla die ni!! mama sayang die!!

so, utk hari ni; samada
1. Aiman duduk luar bilik, mama abah solat dalam bilik (meraung2 la tu nanti!!) , atau
2. rotate abah solat dulu, baru mama

hihi..takdela..aiman jgnla kecik hati bile baca besar2 nanti..takkanla mama abah nak buat yg no 1 tu..kalau ada org lain di rumah barula boleh buat kan.. :)

jadi, di hari yang baik bulan baik ni, mama kongsikan kisah kecintaan RASULULLAH S.A.W terhadap cucu2 kesayangannya, Saiyyidina Hassan dan Saiyyidina Hussein a.s. semoga kita boleh berusaha untuk mencontohi Nabi Muhammad s.a.w yang tercinta ini.

1. Sewaktu Sayyidina Hassan dan Hussin masih kecil, apabila Rasulullah SAW sembahyang, baginda meletakkan mereka di sampingnya. Kedua-dua cucunya ini memperhatikan gerak geri baginda dalam sembahyangnya. Bahkan, ketika baginda sujud, kedua-dua anak itu melompat ke belakang baginda. Maka ada seseorang yang mencuba melarang kanak-kanak itu, tapi baginda mengisyaratkan supaya dibiarkan saja kedua-dua cucunya bermain di belakangnya.

Jika Rasulullah SAW hendak mengerjakan sembahyang, maka baginda meletakkan Hasan dan Husain. Kemudian baginda bersabda: “Sesiapa yang kasih kepadaku hendaklah ia kasih kepada yang dua ini (Hasan dan Husain).

2. Pada suatu hari Rasulullah SAW keluar bertemu dengan kaum muslimin, sedang bersamanya ada Hasan dan Husain. Seorang di bahu kanan dan yang seorang lagi di bahu kiri. Baginda mencium Hasan, kemudian mencium Husain pula.


Ketika Rasulullah SAW membawa Hasan dan Husain, tiba-tiba seorang lelaki bertanya kepada baginda, “Ya Rasulullah, apakah engkau sangat cinta kepada mereka berdua?” Baginda terus menjawab, “Sudah tentu. Sesiapa yang mengasihi kedua cucuku ini maka bererti telah mengasihi aku, dan sesiapa yang memarahinya bererti ia memarahi aku.”

3. Umar bin Khattab pernah menyaksikan Rasulullah SAW sedang mengendong Hasan dan Husain, seorang di bahu kanan dan yang seorang lagi di bahu kiri baginda. Maka Umar berkata kepada Hasan dan Husain, “Kuda yang paling baik ialah di bawah kamu (Rasulullah).” Rasulullah melirik kepada cucunya lalu berkata, “Dan penunggang kuda yang paling mahir adalah kamu berdua.”

Di dalam rumahnya sendiri, Rasulullah SAW membawa Hasan dan Husain di atas belakangnya, kemudian baginda berjalan dengan tangan dan kaki sambil berkata: “Unta yang paling baik ialah unta kamu, dan sebaik-baik pasangan ialah kamu berdua.”



boleh baca banyak lagi kisah2 kecintaan Rasullullah terhadap cucu2nya di sini :
http://kisahteladan.info/rasulullah/cucu

Bukan gambar terbaru : Mama dan abah cintakan Aiman :) semoga cinta  kami diberkatiNya

Friday, July 8, 2011

Prinsip Mendidik Anak dgn Kasih Sayang

Pagi tadi Mama terbaca tentang 7 prinsip mendidik anak dengan kasih sayang dari BYC.com.my yang diinspirasikan dari surah Al-Fatihah. Tulisan asal adalah dari  Udo Yamin Majdi, Founder Word Smart Center dalam usaha mendidik anaknya menjadi pahlawan.


1. Kami mendidik anak kami dengan kasih sayang.
2. Kami menghargai setiap tindakan dan memuji sekecil apapun prestasi anak kami.
3. Kami memberikan sesuatu yang terbaik untuk anak kami.
4. Kami membantu anak kami merumuskan impiannya.
5. Kami membimbing anak kami menemukan potensi diri dan peluang hidupnya.
6. Kami menunjukkan dan mendukung sepenuh hati cara meraih impian anak kami.
7. Kami menjadi contoh pertama orang sukses dan menceritakan tentang kisah orang sukses dan orang gagal kepada anak kami.



Insyaallah akan mama pegang pada ketujuh-tujuh prinsip ni dalam kehidupan seharian. Semoga Mama dan Abah dikurniakan anak yang soleh dan solehah dan dapat mewujudkan keluarga yang harmoni berlandaskan jalan Allah.


Sekilas cerita pagi tadi. Mama sempat menemani Aiman menonton BabyTV Astro sementara menunggu Abah bersiap2 ke ofis. Alahai, Aiman Hakim betul2 fokus tengok rancangan Numbers tu dan bagi respons yg positif sambil duduk atas riba mama, bersandar pada mama, kakinya bersilang!!amboi, kusyuk betul tengok tv ye, selama ni Aiman kurang nak tengok tv kecuali lagu2 YouTube kanak2. bagus BabyTv ni Mama suka!


Tapi yang sedihnya jam dah pukul 8pagi, mama pun kene bersiap2 ke ofis, mama letakkan Aiman di bawah dan tiba Aiman menangis2 menjerit menangis nak tv dengan Mama. tersentuh juga hati ni mengenangkan mama kurang meluangkan masa untuk aktiviti2 seperti ni di rumah. yelah, mama kan bekerja. harapkan sabtu ahad aje di rumah, tu pun tolak aktiviti memasak ke, ape ke dah kurang masa untuk bersama Aiman melayan karenah die. (walaupun boleh dibawa Aiman ke dapur tapi rasanya dapur juga adalah tempat yg bahaya utk dia bermain2). Sabarla Aiman ye, mama akan cuba meluangkan masa ye. Aiman duduk rumah Cik Na elok2 ye main dengan kakak Izati dan kakak Sarah. Semoga jadi anak yang baik.


Aiman excited dgn gamba BALL, gambar lain buat dunno lagi :)


Baca alif ba ta sambil makan ke sayang??

Sweet memory~Tangkuban Parahu~ (Aiman muka kesejukan)




Untuk abah, Mama doakan yang terbaik buat Abah hari ni, moga kita sentiasa dimurahkan rezki dengan kehadiran si comel Aiman Hakim ni.


I love both of U!

Wednesday, February 9, 2011

Bila Rotavirus menyerang..


Alhamdulillah, Aiman dah sihat sekarang. Maafkan mama, tiada update utk diary Aiman ni atas sebab2 yg tertentu (termasuk masalah maxis broadband yg sgt2 lembab).


Sabtu; 29/1/2011 :
Aiman dah mula cirit2 tapi dalam jangka waktu yg agak lama. Sebelum tu ada Mama suapkan Aiman pisang berangan mentah buat pertama kalinya. Sebelum ni Aiman belum penah lagi cuba makan pisang. Sebelum tu dalam pukul 11 Mama dah suapkan Aiman bubur nasi + ayam + ikanbilisgoreng yg ditumbuk halus + ubi kentang + carrot. Semua ni Mama blend kan dulu. Petang tu kita sempat lagi menziarah Pahsu di Sunway dan Pahcik di Subang bersama2 atuk dan pah.
Aiman tiba2 menjerit dalam tidur pukul 1 pagi. Mama buatkan susu, Aiman taknak, Alhamdulillah selepas beberapa minit Aiman kembali tenang.


Ahad; 30/1/2011:
Atuk dan Pah dah balik ke Taiping, setelah urusan selesai semuanya tengahari tu. 




Beberapa kali Aiman menangis secara tiba-tiba reaksi muka nampak seperti kesakitan, diikuti dgn cirit-birit. Taksampai hati tgk anak Mama berguling2 atas katil menjerit..huhu, rasa nak menangis sama..Berlarutan sampai ke petang. dalam pukul 3 dah nampak keletihan Mama biarkan dulu Aiman tidur sementara menunggu hujan lebat reda. 
Tidur utk recover




Lepas Asar, Mama dan Abah bawa Aiman ke Poliklinik Annur di BTHO, niat asalnya nak ke Columbia Asia depan rumah (walaupun dah ada upacara perasmian, rupa2nya belum dibuka secara sepenuhnya lagi).

Menurut Dr, Aiman mungkin dijangkiti virus, menyebabkan dia memulas2 perut dan cirit birit. Sama ada Aiman akan memulas perut ataupun muntah2. Nampaknya simptom muntah takde. Alhamdulillah, Aiman nak makan ubat2 tu semua. yg menggembirakan mama, Aiman boleh makan ubat angin centinox tu thru picagari tu tanpa sebarang perasaan takut, tak macam dulu2 siap nangis2 kene pegang ape sume. Lega hati mama, bila dapat makan ubat, semakin sembuhla ciritbirit dan angin Aiman tu.


Minum air garam supaya bertenaga seperti biasa! shedap tapi masin :)




Isnin; 31/1/2011:
Kita ke Klinik Paed Annur, jumpa dgn Dr kesukaan Aiman, Dr Khairul Azman. Best Dr tu sebab dia yg jaga Aiman dari hari pertama dilahirkan sampaila sekarang. consultation dari dia sgtla puas hati. Mama cuti haritu untuk jaga Aiman sepenuhnya dan the whole day Aiman jadi anak yg baik. Goodboy! Mama sayang Aiman! cumanya Aiman masih lagi tak seaktif biasa, yela kesan ciritbirit semalam, tapi Aiman nampaknya recover, kecuali angin. sebab masih lagi kentut2 yg banyak. tapi kentut adalah cara buang angin yg paling senang, so bersyukur bila Aiman dapat buang angin tu.


Sudah bertenaga utk exercise meningkatkan stamina!




Kesimpulan dari semua:
1. Mama akan lebih berhati2 dalam menu harian Aiman, walaupun baby lain tahan, maybe Aiman taktahan dgn makanan2 tu
2. Sekarang ni setiap bende yg Aiman jumpa, mesti dan wajib Aiman akan masuk dalam mulut. bende tu adalah lumrah baby seusia Aiman sebab deria yg paling peka sekarang adalah lidah, sebab tu nature baby akan merasa dgn lidah. tapi kalau boleh Mama akan pantau dan halangla. semua bende berhabuk pun nak masuk jugak, payah tu. (harap2 pasni boleh resistant skit ye??hehe)
3. Penyediaan makanan jugak penting. ni pesanan org tua; bubur tu masakla lama2 sebab dicampurkan sekali dgn daging kan. dan hygiene la dari segala serba serbi.


* Bak kata Dr, punca utama dari simptom ni adalah dari virus rotavirus. sebarang info tanya prof wikipedia ye. tapinya dari sumber mana takdapat dikenalpasti. adakah pisang? atau bende2 yg dikutip dan dimasukkan ke dalam mulut? nak kata bubur, lepas 2 hari mama bagi lagi stok bubur yg dah difridgekan berasingan, Aiman dah tak ciritbirit lagi. mungkin dari bende2 yg dikutip2 kut..hmmm..


* Tapi sebelum ni masa Aiman 7bulan, pernah Mama bg Aiman makan buah epal rebus, cirit birit jugak tapi tak memulas2..Aiman taksesuai makan buah ke sayang? bersabarla sampai umur satu tahun, Mama akan ajar semula Aiman makan buah-buahan :)

Thursday, January 27, 2011

Menu @ resepi baru untuk Aiman?

Pagi tadi Mama EL halfday sebab cikNa pengasuh Aiman pegi hospital. Mama masak bubur Aiman pagi tadi, Mama letak ayam, ubi, carrot, kismis skit dan ikanbilis goreng (goreng dgn minyak sayur lagi :) ) yg ditumbuk (baru start letak ikanbilis mggu lepas sebab paed cakap mula bg ikanbilis stat 9bulan). mama letak tambahan sayur baru, cauliflower, tapi skit sgt sebagai percubaan.

Aiman 7 bulan 


bila sampai time aiman nak makan, mama dgn excitednye suapkan aiman makan. sgt excited sebab sejak letak ikanbilis goreng tu, aiman sgt bersemangat nak makan! lepas baca doa makan, sesuap, dua suap, tiga suap, Aiman dah tak menunjukkan minat..Aiman dah stat main2 bende lain..mmm, kenapa ye anak mama ni dah kenyang ke? walopun jarak masa makan dgn minum susu taksampai sejam, tapi biasenye aiman akan makan jugak dgn berselera! hmmm..risaunye hati mama ni..Mama bagi aiman main2, mama buat keje rumah sekejap dan sambung semula bagi Aiman makan untuk bagi masa skit. lepas suapan yg kedua, Aiman dah tak menunjukkan minat..alamak..kenape ni sayang??risaunye hati ni..

Cian anak mama ni..



Kebetulan Mama masak bubur hari ni agak sedkit cair..sebab cair ke Aiman taknak ni? hmmm..Mama ambil separuh keping biskut Farley's Rusk perisa pisang. Mama lenyek2 dalam bubur tu dan cuba bagi Aiman sekali lagi. Alhamdulillah, sgt lega hati sebab Aiman mula makan dgn bersemangat! barula habis bubur Aiman pagi ni. sebagai bekal untuk Aiman makan di rumah pengasuh Mama letakkan sekali biskut Aiman tu dalam beg. Risau kejadian tu berulang lagi.

gambar dari heinzbabies.com


Sampai di ofis, Mama masih terfikir2 kenapa dan apa faktor yg membuatkan Aiman kurang berselera walaupun Mama dah letak ikan bilis goreng sebagai tambahan. Mama akui memang mama tak letakkan garam atau gula dalam bubur Aiman tu sebagai penaik selera sebab mama tahu bahaya nya perisa2 tambahan tu. Mama buka emel, cari semula emel dari Babycenter. Akhirnya mama terjumpa artikel ringkas ni dan baru mama faham.

Artikel Babycenter for 8 months & 4 weeks babies

Macammana la Mama boleh terskip baca newsletter yg penting macam ni sebab newsletter ni adalah untuk minggu 8months 4weeks. U are getting extra choosy about what u eat, Aiman?.. So mama have to find new recipe for U? Friends, pls help me! Kalau ada resepi2 menarik kongsi2 ye :) thank you so much!


- Luahan hati seorang ibu yg gundah gulana..

Wednesday, January 26, 2011

Cermin Diri


Aiman : Objek ape kat depan ni? saya boleh nampak muka saye..
Mama : Aiman, ni cermin..mirror..cermin memantulkan imej objek (translate dari lecture notes kah?hahaha, Mama tak ajar Optical Image kat kelas :D)



Aiman : betul ke ni Aiman? ke kawan Aiman? Nak kiss sikit boleh? Nak rasa la ape rasenye..


Aiman : Bestnye leh posing macam2 depan cermin ni!! I'm very happy!



Buat Aiman Hakim anakku sayang;


Mengapa cermin dicipta? untuk membolehkan kita melihat pantulan imej kita sendiri seperti kita melihat pantulan wajah di dalam air. Supaya kita boleh melakukan sebarang aktiviti atau tindakan untuk tontonan diri sendiri. Contohnya, Aiman nak sikat rambut sendiri masa besar nanti. Aiman memerlukan cermin untuk melihat keadaan rambut yg Aiman dah sikat tadi. Untuk membetulkan kancing butang. untuk melihat betapa kemasnya kita berpakaian. Kalau Aiman hanya berpandukan Mama untuk buat semua tu, mungkin Aiman takkan rasa puas hati selagi tidak melihat dgn mata sendiri.

Cermin sgt berjasa pada kita Aiman. bila Aiman besar nanti, selalu2lah cerminkan diri. lihat kelemahan diri supaya boleh dibetulkan samada luaran dan dalaman. Cerminlah diri selalu supaya kita tidak meninggi diri. Cerminlah diri supaya kita sentiasa tahu batas-batas yg sesuai untuk sesuatu perkara.


Namun Aiman, jangan terlalu obses dengan cermin sebab Aiman tak akan keluar dari kepompong diri jika terlalu membataskan diri. Jangan terlalu obses dengan cermin untuk menjadi terlalu sempurna kerana tiada manusia yg dilahirkan untuk menjadi terlalu sempurna kecuali idola kita Nabi Muhammad s.a.w. Di sinilah letaknya fungsi akal dan fikiran supaya dapat menilai mana yg baik dan mana yg buruk.


Mungkin terlalu mendalam untuk Mama jelaskan kepada Aiman sekarang ni. Tapi diary ni ibarat pesanan dan wasiat Mama kepada Aiman. Mama tak mungkin dapat sampaikan semua kepada Aiman sekaligus masa Aiman dewasa nanti. Ingat pesan Mama, selalulah cermin diri. bermuhasabah diri setiap hari supaya kita sentiasa berubah kepada perkara2 yg positif setiap hari. Ikut resmi padi ye nak, makin tunduk, makin berisi.


Salam sayang dari Mama :)


Muahh!

Monday, January 17, 2011

Aiman dan Puting Susu Y

" Eh eh..susu Aiman tak tumpah?" tanya seorg saudara apabila melihat Aiman menterbalikkan botol susu yg penuh dgn susu..

"Oh, puting ni puting Y (Y-cut nipple)..die tak tumpah kecuali bile disedut" balas Mama..

Sabtu lepas kita berkumpul di rumah Tok Teh di Taman Sri Serdang. 2,3 org saudara kita amat berminat dgn puting susu Aiman..hehe, Mama bukan promoter barang, tapi Mama promotekan puting susu ni sebab die best! Susu hanya akan mengalir keluar bila puting disedut. Sebelum tu pun masa kita g Manjaku, Abah dah belikan 6 lagi puting Y jenama Pigeon utk Aiman. Kenapa Mama suka? Kenapa Abah suka? sebab bila Aiman main2 dgn botol susu, ataupun waktu kritikal di tgh malam, susu takkan tumpah bila ditonggeng2kan. takdela encik semut datang gigit anak mama ni, atau takdela membazir susu tumpah atas katil.  maklumla, anak mama ni macam2 gaya pegang botol..kadang2 sebelah tgn, kadang2 main2, tapi selalunya malas nak pegang..(hmmm..) adakah sebab di train mama dan abah tolong pegang? takpela kot, demi keselamatan anak.

Lagipun dgn berita yg tidak menyenangkan, kisah baby meninggal tersedak ketika minum susu, amat menakutkan..Jadi kita pilih jalan selamat dan sgt memberi manfaat. Ada satu lagi jenis puting yg Mama beli iaitu X-cut. Mama jumpa 2 brand yg jual X-cut, Tollyjoy dan Bebe. Kelebihan X-cut adalah utk cereal..masih menggunakan konsep yg sama, susu takkan tumpah bila diterbalikkan, tapi lubang X-cut membolehkan baby minum susu yg dicampurkan dgn nestum..menarik kan? tapi utk X-cut kalo aiman tertekan hujung puting botol susu ni, masih akan tumpah jugak sebab lubangnya besar dari Y-cut.

Perbandingan puting susu (Pigeon)

Puting Y



Saje berkongsi info hari ni..sharing is caring son! ok, utk tatapan Aiman sayang hatiku..gambo awakleee..



Wajah hepi Aiman duduk dalam troli
Semalam kite shoping barang rumah di econsave. Walaupun 5min nak ke econsave, tapi 20minit nak cari parking. nape ntah smalam ramai betul org shopping kat econsave? nak kata gaji dah masuk, tgh bulan..maybe sebab persediaan Chinese New Year kot..walaupun dah shopping barang Aiman di Manjaku Sabtu, tetap jugak ade terselit beli barang Aiman ahad tu. Hepi betul awak ye, dapat duduk kat troli tu. Mama sgt hepi sebab Aiman sgt behave sepanjang kita shopping sampaila balik. bagi makan biskut pun, fokus je makan..nyum2..


Aiman khusyuk main toy baru.
Aiman hepi tak main toy baru? kejap aje die main pun..Saba jela kan, dahla Abah beli mahal. Aiman suka jugak, tapi main kejap2, dah lama nanti baru ulang balik main camtu le. dah namanya Aiman Hakim kan, die suke main bende2 yg takboleh dimain..wayarla, extension la, suratkhabar la, ape2 jela..tapi takpe, itu namanya exposure dan mainan jugak penting utk perkembangan sense dan minda. bulan depan la pulak mainan baru utk Aiman ye. bulan ni main je ape yg ada kat umah dulu termasukla barang2 rumah :D

Taksabar rasanya nak tgk milestone Aiman utk 9bulan nanti. Makin manja adala. tapi kalo berdiri tu taksuka org pegang, nak lepas2 tgn pulak. konon terer la tu ye..ish2..Semoga hari2 kita dimanfaatkan dgn baik sayang. Mama rindu Aiman Hakim!

Sunday, January 16, 2011

Pneumococcal Vaccine yg sgt penting..

Pagi tadi Abah dan Mama bawak Aiman ke klinik Annur utk dapatkan Vaccine PREVANAR utk penyakit Pneumococcal..(teringat pulak; mama selalu ingatkan student Mama supaya sebut Newmokokel sebab ade yg akan sebut penyu...)


Ia adalah suntikan optional yg sepatutnya mula diberi pada usia 2bulan..ada 4 dos, bermula 2bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 12 bulan..tapi disebabkan beberapa perkara anak mama ni lambat ambil suntikan ni..syaratnya masa ambil tak boleh demam..lagi satu mama taksampai hati pulak nak bagi bersama2 suntikan yg diwajibkan government..plus ade je aral yg melintang, akhirnya Aiman 8bulan 3mggu baru dapat suntikan ni..


Perlu ke mama?? Aiman takutla
Pada Mama dan Abah, perlu sayang ambil suntikan ni..kalau tidak Encik Bakteria Streptococcus pneumoniae, atau pneumococcus akan menyerang saluran pernafasan dan menyebabkan jangkitan dalam darah, meningitis (membran tulang belakang/otak/CNS-central nervous system), radang peparu@pneumonia, dan juga radang2 pada telinga dan hidung. Penyakit ini jika dibiarkan akan menyebabkan masalah pembelajaran, kehilangan pendengaran, gangguan pertuturan, kecacatan otak ataupun maut. Untuk info lebih lanjut boleh tanya Prof Wikipedia ye..


Mama bincang2 jugak dgn Dr Khairul Azman kegemaran Abah & Mama, samada nk ambil vaksin Influenza @ Prevenar ni. Dr ni memang suggestkan Prevanar sebab die cover utk range penyakit yg sgt luas.so, bersedialah Aiman ye..Dr dah pesan, cucuk ni pedih skit. Abah yg pegang Aiman atas katil, Mama hukhuk cam taksampai ati tapi kenalah sampaikan jugak sebab nak yg terbaik utk anak kan..Aiman pulak sgt behave depan Dr Khairul ni. Aiman nangis jugak setelah dicucuk..tapi sekejap ajela..tekejut mungkin..but this is the first time Aiman nangis selama cucuk2 sblm ni..memang logikla sebab Dr sendiri akui pedih..Dr combine kan dos 1 dan dos 2 so aiman ada lagi 2 dos utk diambil nanti..lagi 2 bulan ye..tungguuuuuuu...


Abah pulak mase dalam bilik Dr mase Aiman nangis lepas cucuk dah janji nak beli toy utk Aiman..hehehheh.. So, kita maju terus ke Manjaku!!!!!beli brg keperluan dan seperti yg Abah dah janji kan..Terimakasih abah!!Muahhh2!!


Timekacih Abah & Mama..Macihhhh..




Aktiviti seterusnya kita makan kenduri bersama paklang dan berkumpul saudara mara..jalan2 petang di kajang..hari  ni kurang gambar jadi takbanyakla yg Aiman boleh tgk..kena tanya encik photographer kenapa ye??hehe..


sekarang dah hampir jam 12, Aiman pun sedang lena diulit mimpi..sesekali Aiman menggeliat, trus Mama tepuk2 Aiman..takpun sebab Aiman nakkan pacifiers..baru je tadi Aiman minum susu..takut jugak dibiarkan lama nanti Aiman betul2 bangun..Mama taip diary hari ni atas katil supaya senang nk observe Aiman..risau jugak Aiman sekarang ni pantang takde org kalo bukak mata terus merangkak ke tepi katil..bahayaaa...


Tidur lena2 ye sayang..Mama dan Abah sayang Aiman Hakim!


(pada yg sudi membaca, marila pakat amik ramai2 vaksin ni..jommm..)

Thursday, January 13, 2011

Alhamdulillah, murah rezeki :)

Alhamdulillah..
Murah rezeki Aiman :)
Terima kasih pada semua yg terlibat 
(ceceh..cam ucapan dapat award, 
tapi seriously, thanks pada yg alertkan n pada yg terlibat dalam semua urusan serba serbi)
actually semua baby yg lahir tahun lepas dapat hadiah dari company
tapinya Aiman terlepas dapat adiah
memandangkan Aiman dah 8bulan
HR company dah carikan hadiah yg sesuai
Aiman suke..
Mama pun gembira sebab dapat tumpang murah rezeki Aiman
Mama dapat fresh flower yg sgt sweet leh letak atas meja :)

Cute n sweet..i like!
Hadiah sempena ape ni Mama? Tolong bacakan utk Aiman?
Alhamdulillah, dapat beg susu dgn kawan baru yg sama hijau! (Boleh tak jadi beg sekolah saye?)


Rase mcm nak makan boleh??nyum2..itu saye shuke!

buat renungan Aiman bila dah pandai membaca nanti
baca pesanan Mama ni ye..
sentiasa cuba jadi yg terbaik ye setiap hari
cuba pastikan ada perubahan yg positif setiap hari walaupun sekecil hama
pastikan hari ini lebih dari dari hari semalam, dan esok lebih sempurna dari hari ini.. 

Jadi utk permulaan,
mari kita amalkan amalan murah rezeki ni
walau selalu kita alpa, tapi sekurang2nya kesedaran perlu ada
mama pun harus byk memperbaiki diri
lalai dalam menunaikan tanggungjawab pada Allah
padahal kepada Allah lah tempat kita meminta2..
malulah wahai diri, insan yg sgt kerdil.
mari kita cuba yg terbaik ye sayang..

20 AMALAN MURAH REZEKI
1) Menyempatkan diri beribadah kepada ALLAH SWT
2) Memperbanyakkan istighfar
3) Tinggalkan perbuatan dosa
4) Sentiasa ingat ALLAH SWT 
5) Berbakti dan mendoakan ibu bapa
6) Berbuat baik dan menolong orang lemah
7) Tunaikan hajat orang lain
8) Banyak berselawat
9) Memperbanyakkan kebajikan
10) Berpagi-pagi
(Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.)
11) Menjalinkan silaturrahim
12) Melazimi kekal berwuduk
13) Bersedekah
14) Melazimi solat malam (tahajud)
15. Melazimi solat Dhuha
16. Bersyukur kepada Allah
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.
18. Berdoa
19. Berikhtiar sehabisnya
20. Bertawakal 

Buat Abah, terima kasih selalu mengingatkan Mama. Buat Aiman, yg baik jadikan amalan, yang buruk jadikanlah sempadan :)

Jom Mama, masa bermanja2 bersama!!!

I will always love U, Aiman!
Muah!

Tuesday, December 28, 2010

Kisah Aiman dan plug suis

Hari : Selasa (28 Dec 2010)
Jam : 7.45 pagi
Tempat kejadian : Our bedroom.

Kejadian berlaku di mana seorang baby merangkak2 menuju ke extension wire dan mencabut kepala suis lampu dari extension.

Abah : Aiman, bahaya tu. pandainya die cabut kepala suis ni!Cepat mama..
Mama : hmm..dah namanya Hakim, pandaila dia..(sambil mengangkat dan mendukung Aiman utk di bawa ke depan; dalam hati risau gila sebab suis tgh on, nanti sebab kelalaian sendiri, anak tegak je kene short..nauzubillah jauhkanla bende2 yg tak baik berlaku).

Kalau dikaji kejadian yg berlaku dalam seminit ni, bermacam2 perkara boleh dirungkai (gaya cam cikgu bahasa, oh tidak!Mama biologist!)
  1. Parents kene bersedia dan berhati2 dalam semua perkara, contohnya bgn pagi kene pastikan semua suis2 yg tak digunakan off terus
  2. baby sgt excited dgn bende2 yg bukan mainan die..walaupun mase tu mama tgh kemaskan katil, mama letak barney, buku 123 dan bola bunyi2 dekat aiman suruh main, aiman tak endahkan mainan tu tapi pergi kepada benda yg menarik perhatian dia..Aiman sgt suka suis dan wire.
  3. kata2 ibu ibarat doa..berhati2lah bila bercakap pada anak, dan juga ketika bercakap mengenai anak. kalau boleh dalam sedar, kalau sesuatu yg negatif berlaku, sila tukarkan ayat menjadi positif setiap masa.
Mama sedaya upaya mencuba yg terbaik, walaupun kekadang terlalai..(mintamaaf Aiman sebab Aiman dah rekod ni jatuh katil 5kali :( sangat sedih..hati mana tak risau andai berlaku ape2 kecederaan dalaman tapinya mama berdoa dan yakin takde ape2) maafkan mama dan abah ye Aiman..sob..sob..

Abah jgn geleng kepala ye, mama sempat snap gamba ni mggu lepas sebelum angkat aiman ;)

Nanti mama upload gamba Aiman yg sgt berminat tengok tokwan betulkan lampu di rumah kita. penat mama bagi bola Aiman tak endah langsung, dia lagi berminat ngan toolbox, barang2 spanar bagai dan lampu tu :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...