Wednesday, February 9, 2011

Bila Rotavirus menyerang..


Alhamdulillah, Aiman dah sihat sekarang. Maafkan mama, tiada update utk diary Aiman ni atas sebab2 yg tertentu (termasuk masalah maxis broadband yg sgt2 lembab).


Sabtu; 29/1/2011 :
Aiman dah mula cirit2 tapi dalam jangka waktu yg agak lama. Sebelum tu ada Mama suapkan Aiman pisang berangan mentah buat pertama kalinya. Sebelum ni Aiman belum penah lagi cuba makan pisang. Sebelum tu dalam pukul 11 Mama dah suapkan Aiman bubur nasi + ayam + ikanbilisgoreng yg ditumbuk halus + ubi kentang + carrot. Semua ni Mama blend kan dulu. Petang tu kita sempat lagi menziarah Pahsu di Sunway dan Pahcik di Subang bersama2 atuk dan pah.
Aiman tiba2 menjerit dalam tidur pukul 1 pagi. Mama buatkan susu, Aiman taknak, Alhamdulillah selepas beberapa minit Aiman kembali tenang.


Ahad; 30/1/2011:
Atuk dan Pah dah balik ke Taiping, setelah urusan selesai semuanya tengahari tu. 




Beberapa kali Aiman menangis secara tiba-tiba reaksi muka nampak seperti kesakitan, diikuti dgn cirit-birit. Taksampai hati tgk anak Mama berguling2 atas katil menjerit..huhu, rasa nak menangis sama..Berlarutan sampai ke petang. dalam pukul 3 dah nampak keletihan Mama biarkan dulu Aiman tidur sementara menunggu hujan lebat reda. 
Tidur utk recover




Lepas Asar, Mama dan Abah bawa Aiman ke Poliklinik Annur di BTHO, niat asalnya nak ke Columbia Asia depan rumah (walaupun dah ada upacara perasmian, rupa2nya belum dibuka secara sepenuhnya lagi).

Menurut Dr, Aiman mungkin dijangkiti virus, menyebabkan dia memulas2 perut dan cirit birit. Sama ada Aiman akan memulas perut ataupun muntah2. Nampaknya simptom muntah takde. Alhamdulillah, Aiman nak makan ubat2 tu semua. yg menggembirakan mama, Aiman boleh makan ubat angin centinox tu thru picagari tu tanpa sebarang perasaan takut, tak macam dulu2 siap nangis2 kene pegang ape sume. Lega hati mama, bila dapat makan ubat, semakin sembuhla ciritbirit dan angin Aiman tu.


Minum air garam supaya bertenaga seperti biasa! shedap tapi masin :)




Isnin; 31/1/2011:
Kita ke Klinik Paed Annur, jumpa dgn Dr kesukaan Aiman, Dr Khairul Azman. Best Dr tu sebab dia yg jaga Aiman dari hari pertama dilahirkan sampaila sekarang. consultation dari dia sgtla puas hati. Mama cuti haritu untuk jaga Aiman sepenuhnya dan the whole day Aiman jadi anak yg baik. Goodboy! Mama sayang Aiman! cumanya Aiman masih lagi tak seaktif biasa, yela kesan ciritbirit semalam, tapi Aiman nampaknya recover, kecuali angin. sebab masih lagi kentut2 yg banyak. tapi kentut adalah cara buang angin yg paling senang, so bersyukur bila Aiman dapat buang angin tu.


Sudah bertenaga utk exercise meningkatkan stamina!




Kesimpulan dari semua:
1. Mama akan lebih berhati2 dalam menu harian Aiman, walaupun baby lain tahan, maybe Aiman taktahan dgn makanan2 tu
2. Sekarang ni setiap bende yg Aiman jumpa, mesti dan wajib Aiman akan masuk dalam mulut. bende tu adalah lumrah baby seusia Aiman sebab deria yg paling peka sekarang adalah lidah, sebab tu nature baby akan merasa dgn lidah. tapi kalau boleh Mama akan pantau dan halangla. semua bende berhabuk pun nak masuk jugak, payah tu. (harap2 pasni boleh resistant skit ye??hehe)
3. Penyediaan makanan jugak penting. ni pesanan org tua; bubur tu masakla lama2 sebab dicampurkan sekali dgn daging kan. dan hygiene la dari segala serba serbi.


* Bak kata Dr, punca utama dari simptom ni adalah dari virus rotavirus. sebarang info tanya prof wikipedia ye. tapinya dari sumber mana takdapat dikenalpasti. adakah pisang? atau bende2 yg dikutip dan dimasukkan ke dalam mulut? nak kata bubur, lepas 2 hari mama bagi lagi stok bubur yg dah difridgekan berasingan, Aiman dah tak ciritbirit lagi. mungkin dari bende2 yg dikutip2 kut..hmmm..


* Tapi sebelum ni masa Aiman 7bulan, pernah Mama bg Aiman makan buah epal rebus, cirit birit jugak tapi tak memulas2..Aiman taksesuai makan buah ke sayang? bersabarla sampai umur satu tahun, Mama akan ajar semula Aiman makan buah-buahan :)

7 comments:

mamaqaireen said...

alahai..kesian aiman.kita yg tua ni pun kalau kena cirit birit lembik jadinya,inikan pula baby..saar ye mamaaiman.

nak tannya..mamaiaman bg epal apa ye??kalau epal merah tak pe rasanya.cuma epal hijau tak bolehlah..lagi pun masam kan.

lg satu sy bagi qaireen mkn pisang emas.Alhamdulillah ok.

suri said...

salam kak
wah semakin cerdik...tak lama lagi dah blh merangkak ya..

aiman jadi anak yg baik ya..mkn berjhasiat tau.msti kuat makan ..badan sht cerdas..

MamaAiman said...

mamaqaireen : saya bg epal merah, pastu rebus sebab mase tu saya takut nak bg yg mentah..tula, belum cuba lagi pisang emas..baru cuba 2 buah ni je macam takut pulak nak buat eksperimen lain :(

suri: salam suri..aiman merangkak dah laju kalo terjaga malam pun terus merangkak hehe..insyaallah, pesanan auntie suri akan disampaikan pada aiman :D timekasih auntie

~~love irfan~~ said...

pertama sekali, alhamdulillah aiman dah sht. ader kebaikan di sebalik sakit..supaya die rnsg antibodi untuk melawan virus ni di ms hadapan..

aiman tak thn perut kot ainul. awk pun kan dl kena jaga pemakanan gak kan..tak leh mkn benda berangin, nanti angin satu bdn awk. kena hati-hati dah la bg mkn kat aiman, takut die pun sensitif.. lain org lain cara mkn kan.. tp kena try gak la bila die dah besar, supaya die adaptasi ngan sume jenis mknn..

bgs la aiman suke mkn ubat..irfan tak suke..waa..madu suke la (bwh sethn jgn mkn madu. kena paksa sampai meraung-raung tu..

okey ainul.. jumpa lg di entry akan dtg..hehe

MamaAiman said...

midah, kelakarla ayat last awak tu..bg peluang saye gelak jap dulu..hehehehheee..

a'ah, saya dapat rasa die pun sesensitif saya, walaupun jaga makan, tapi atas sebab2 tertentu masuk jugak angin sebab bende lain.

kali ni saya langsung takpegang aiman bagi ubat. kan sekarang aiman kalo nampak bende asing die suke masuk mulut..so, saya buatla muka hepi2 tunjuk saya makan ubat dulu, nampak muka die excited trus saya masukkan ubat tu dalam mulut dia. memang kening die kerut2 awal2 tapi kalo saya senyum, die pun senyum. hehee. buatla tepuk tgn pe sume, die pun hepila :D (sebab yg saya nampak aiman taksuka dipaksa2 so try cara ni berjaya, alhamdulillah)

Nia said...

sian Aiman,..mamanya sabar ya. anak2 nak membesar mcm gitu la, mcm2 dugaan yg dtg.
epal rebus tu, epal yg direbus mcm biasa ya?

MamaAiman said...

buat nia; a'ah, epal rebus macam biasa..ada cara yg lain ke?kongsila :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...