Monday, February 14, 2011

Shaklee Shop GiftAway..


Kali ini Mama nak mencuba nasib utk GA yg dianjurkan oleh Shaklee2u.com. Kalau dapat menang GA ni, hadiah yg ditawarkan adalah sebotol ALFALFA yg bersaiz 330 biji. Sangat menarik! kenapa?


Sebab Alfalfa ni mempunyai 1001 khasiat seperti sebagai booster menambahkan susu, sebagai penawar resdung dan allergi, membantu sistem pencernaan dan menyelesaikan masalah keputihan. Semua ni masalah saya..hmm..Selain tu juga, Alfalfa ni juga dapat membuang angin dalam badan, masalah major dalam sistem badan saya yg telah diwarisi oleh Aiman Hakim. Cian anak mama. Mama pernah consume Set Trialpack Shaklee Set B, untuk breastfeeding dan hasilnya alhamdulillah, memberangsangkan. tapi setelah Aiman Hakim refuse untuk direct feeding masa usianya 4bulan, Mama dah melakukan satu kesilapan yg BESAR iaitu membiarkan penyakit M menular ke dalam diri akibat depress. sangat sedih bile anak tolak direct feeding. itula, lain kali jgn terlalu ikutkan hati, kesian anak Mama sorang ni dah jarang mendapat EBM dan akhirnya berhenti terus setelah softfit medela harmony Mama rosak. maknanya dah 4bulan lebih Aiman tak mendapat khasiat dan HAK yg sewajarnya. Maafkan Mama sayang. sgt sedih.. sob2. Mama akan kembali mencuba sayang setelah membaca komen seorang kawan yg ingin juga relactation dgn mencuba double pumping. walaupun Mama takde double pump, Mama akan cuba apa2 alternatif termasuk power pumping disamping consume semula SHAKLEE Set B yg turut mengandungi ALFALFA. Cepat atau lambat hasilnya akan Mama usaha juga demi anak Mama yg tersayang ni! Akan Mama gandakan pengambilan Alfalfa ini dari 2kapsul sehari kepada 4kapsul sehari seperti yg telah diusulkan.

Jgn sedih Aiman, Mama sedang mencuba!




Semoga Aiman membesar dengan cukup nutrisi dan kasihsayang



Ida Khairani, maafla saya dah terlebih 10ayat. Tak ape kalau hadiah alfalfa ni bukan rezeki saya, asalkan coretan ini menjadi pengajaran dan motivasi kepada diri saya sendiri dan juga kepada kawan2 blog yg mengalami masalah yg sama seperti saya. Kepada En Suami, terimakasih kerana menyokong saya sepenuhnya! Saya sayang keluarga saya dan mengharapkan yg terbaik utk keluarga saya ini.


I hope for a miracle will happen. Semoga titis2 susu hikmat menunjukkan rupa dan dapat dikembalikan kepada yang berhak, iaitu anakku Aiman Hakim. Ya Allah, makbulkan lah doaku ini.


notakaki : Tun Mahathir Muhammad antara pengamal supplement SHAKLEE. Yg baik jadikanlah panduan :D SHAKLEE mempunyai status HALAL dan asli, bukan vitamin sintetik, selamat tanpa ada perasa dan pengawet tambahan dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

10 comments:

~~love irfan~~ said...

oh..ini rupanya yg ainul masuk.. takpe ainul, menang adalah rezki.. pape pun, smg usah awk diberkati Allah..kena amalkan sifat rajin..jd ibu yg menyusukan dan bekerja kena rajin..jgn mudah give up..cbrn mesti ader tp hadapi dgn tenang..slmt berjaya, InsyaAllah.. i will always behind you

NURBAITI KAMARUZAMAN said...

sooo sweet.. x sabar rsnyer nk ada anak sendiri.. huhu~

ida khairani said...

Terima kasih kerana menyertaikan shaklee2u giftaway. Pengumuman pemenang akan dibuat pada 3 Mac 2011. Contest telah dilanjutkan sehingga akhir bln ni, 28 Februari 2011. Jadi, siapa yg berminat masih boleh join untuk temph lagi 2 minggu ni.

Harap, Ainul berjaya relaktasi dan memberi susu ibu kepada Aiman kembali. Jangan stress. Always positive ok dear. InsyaAllah berjaya!! Allah memberkati usaha Ainul dan ibu2 lain.

MamaAiman said...

midah: terimakasih menjadi sahabat sejati!

baiti : insyaallah baiti..masa awk akan tiba :)

ida: insyaallah..saya sedang mencuba ni..dalam proses..doakan saya..

mamaqaireen said...

betul tu MamaAiman..kenapa stop ambil set b??sy pun ambil set b juga..ia bukan saje m'nambahkan susu,malah sy jadi segar n kurang letih tau..

skrg ni sy pulak dh jadi member shaklee..sbb apa??sbb dh manpak keberkesanan shaklee. ^_^

Telaga Emas said...

tapi make sure apa yang kita bt ni fahamkan betul-betul dlu.sebab dengan ilmu kita x kan tersesat...sbb kita kan lebih yakin dgn apa yang kita lakukan..tapi make sure jugak ilmu tu kita habiskan..dr situ wujudnya perkataan faham...lagi penting pa2 yang kita bt kena ikhlas KERANA ALLAH TAALA...barulah kita boleh tukarkan 'ADAT' tu kepada 'IBADAT'....selamat beramal....

ida khairani said...

You can do it, Ainul. Tengah relaktasikan!! Caiyok2x..

luckylizan said...

orang kata kalau nak bf kita tak boleh susah hati dan risau2, nanti susu keluar banyak.. saya pun bf tapi tak ambik apa2 supplement. saya banyakkan makan brokoli dan oat dalam menu. Mintak2 saya berjaya susukan baby lama2..azam nih...we can do it.

wani zakaria said...

ainul, kite faham ape yg ainul rasa..dulu kita pun camtu..tapi imran lagi awal berhenti menyusu badan..3 bulan lebih je..sampai sekarang sesal kite xsudah..imran nak 2 tahun dah pun..insyaAllah kalau ade rezeki dpt baby no 2, kite nak menyusu badan selama boleh..

go go go ainul!!!kite sokong ainul!!!!

MamaAiman said...

timakasih sokong :).betul wani, insyaallah utk no2 nak buat betul2..tapi sekarang ni bile pam masih ada lagi, cuma takbyk macam dulu2 sebab takde stimulation dari baby. kene stimulate guna pam sendiri. still on my way berdoa ada dari takde langsung huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...