Showing posts with label Kronologi. Show all posts
Showing posts with label Kronologi. Show all posts

Monday, December 13, 2010

Hari ini dalam sejarah..

Oh, hari ni dah Isnin.setiap isnin Mama akan dapat newsletter dari babycenter. Tapi nampaknye die terlewat seminggu la. Aiman dah nak masuk 3rd week skrg..

Newsletter mggu ni

Sekarang ni, bila mama letakkan Aiman depan cermin, Aiman akan tgk betul2 cermin tu dan Mama rasa Aiman dah mula kenal itu adalah Aiman. Berbanding mase 5bulan dulu, Aiman akan senyum2 dan bersembang2 dgn cermin tu bagaikan Aiman bertemu kawan baru :D

ensem tak saye arini?

mggu lepas, Mama bukakan Aiman TVIQ, Aiman tekan remote Astro ke Discovery Channel..mungkin secara kebetulan Aiman tekan +, dan lepas tu tauk remote ke tepi..tapi kelakarla syg!

Channel mane pilihan hati?

dah menunjukkan sifat2 peramah dan pandai berkawan :D

Dah pandai berkawan..

kenal pacifiers dan pandai masukkan ke dalam mulut walopun terbalik. Even tgh malam kalo Aiman tersedar yg pacifiers takde di mulut, tgn akan mencari2 sambil mata tertutup; dan kalo terjumpa di sekitar 6inci kiri dan kanan, tgn tu pandai je masukkan 'bende hikmat' tu ke dalam mulut.

Pandai masukkan sendiri (captured by Abah)
 



Nape terbalik syg??


Suke buat aksi yg merisaukan mama dan abah, berdiri dan kemudian nak lepas tangan! jgn sayang, awak tu baby lagi laaaaaaaaaa, sabar2la dulu!!!!huhuhu!

saye suke berdiri!

Suke melonjak2 badan dalam walker sambil menyanyi2 kalo bukak video nasyid kesukaan Aiman!

concentrate menyanyi, tapi time melonjak xdpt captured


Kalau letak majalah dgn toys kat sebelah, Aiman akan pilih majalah. Nak2 kalo bace Quran, wajib die nak rebut (risau koyak je..huhu). Maybe setakat ni mainan die kecik2 aje die dah bosan kut..(Abah, kene beli lain, jom!)

Suke tengok gamba comel2
terbalikla sayang..



dan banyak lagi..kalo Aiman nk tgk lagi, bukala Album keluarga ye, harap2 time Aiman buka nanti bykla gamba mama dah cuci ye..hehehe..Banyak yg manis tentang Aiman 7bulan..

Tapi, hari ni juga adalah hari yg manis buat Mama dan Abah
V

V

V



Hari Kami Ditunangkan


utk pengetahuan Aiman, 2 tahun yg lepas, Mama dan Abah telah selamat ditunangkan..3 bulan selepas majlis merisik, pada hari jadi Mama, bertunang (seminggu selepas hari jadi Abah) dan 6 bulan kemudian diijabkabulkan.

Semoga kenangan2 manis sentiasa terpahat di hati kita!

Ahlan Wasahlan, Permata Hati..II

My dear Aiman,

Mama masih ingat lagi bau Aiman waktu berusia beberapa hari dulu..sgt wangi..Mama rindu bau tu..bau baby yg fresh lagi..walaupun sekarang Aiman sekarang masih baby lagi, tapi bau 'itu' tetap tersemat dalam ingatan mama..Mama dah pesankan pada semua; jgn pakaikan Aiman bedak lagi, takperlu mandikan Aiman dgn baby bath lagi. lagipun biarla kelembapan yg ada pada kulitmu itu(sejak dari dalam kandungan) hilang sendiri, bukannya disebabkan sabun2 itu..

Selepas Mama dibenarkan keluar dari wad pada hari kedua, Mama sgt gembira dapat pulang ke rumah. Hati Mama sgt berbunga2 riang. Waktu maghrib kita keluar dari wad. kenapa lewat?menyelesaikan segala urusan keluar wad dan menunggu Dr Fatimah utk cek jahitan pada perut Mama ni.Mama masih ingat lagi Abah drive kereta dgn sgt cermat sekali sepanjang jalan Mama pegang erat Aiman jgn lgsung rasa hentakan.Sampai saje di rumah, terpandang baby cot Aiman di ruang tamu tgh hati Mama berdebar2. Akan Mama jaga anak Mama ni sebaik mungkin yg mama mampu.

Seminggu; bersama Tok di paed clinic   
Atuk dan Opah pulang ke Taiping, berganti dgn Tokwan dan Tok.Perkara yg ditunggu2; alhamdulillah berkat petua kobis, susu buat Aiman keluar dgn banyak.namun sekali lagi Mama ditimpa ujian. Hati Mama sgt sedih utk meninggalkan Aiman sebab Mama admit wad semula disebabkan hematoma. kesian Abah, sekali lagi menemani Mama di wad. kesian juga pada Aiman dan Tuk yg menjaga Aiman di rumah. Sebelum ni tak terasa sakitnya, kali ni memang sgt2 sakit di tempat infection tu. bersabarrr. kedtgan Aiman setiap petang sgt2 Mama tunggu.


Sian Aiman..Mama ada di tepi

Pam yg berjasa sementara menunggu Aiman dtg di ptg hari


Aiman dtg melawat mama, posing atas mama ye


Terubat rindu Mama


Cukup 3 hari admitted, mama memohon utk pulang ke Taiping dgn membawa surat rujukan Dr. Walaupun takperlu lagi antibiotik drip yg sgt pedih tu,diganti dgn kapsul,alhamdulillah di Taiping, hematoma semakin pulih. best pantang di Taiping, Opah ade, Tok ade, Tok rajin dtg melawat Mama. Aiman pun nampaknya semakin selesa di sana. Kesian pulak pada Abah yg terpaksa berjauhan dgn kita.

Abah mengubat rindu

Baik je Aiman ye..Semoga menjadi anak yg baik sayang!

Aiman gamba fresh pagi tadi..hepi!


Aiman hepi hari ni disebabkan kelahiran kawan aiman yg baru! Aunty Riza dah selamat melahirkan baby boy di Hospital Putrajaya siang tadi. Nanti kita g melawat ye sayang! Ahlan wasahlan kepada baby Aunty Riza!

Friday, December 10, 2010

Ahlan wasahlan..Permata Hati..

Muhammad Aiman Hakim, kelahiranmu dinantikan..

Mesti Aiman nak tau kan kronologi kelahiran Aiman kan? Alhamdulillah, sepanjang kehamilan Mama selama 38 minggu Mama belum pernah mengalami alahan yg teruk dan juga sebarang kepayahan. Setakat alahan biasa utk 2bulan lebih tu biasala kan. Walaupunbegitu, Mama pun takterlepas dari ujian Allah sewaktu melahirkan Aiman. Yang paling penting, Aiman selamat dilahirkan pada hari Sabtu, 24 April 2010 jam 5.32petang melalui pembedahan. (Sama birthday dgn Paklang).

Semuanya berlaku dalam sekelip mata; di dlm bilik pembedahan dalam masa 15minit (termasuk bius ) Mama dapat melihat anak lelaki Mama diangkat oleh Dr Fatimah dan ditunjukkan kepada Mama. Alhamdulillah, alhamdulillah syukur Ya Allah. Tak tergambar perasaan Mama masa tu kecuali syukur kepada Allah. Kesian pada Abah yg beria2 nak menemani Mama dalam OT, taktertunai disebabkan pembedahan ni dipanggil emergency ceaser, suami tidak dibenarkan masuk kerana Dr ingin mengurangkan sebarang risiko. Yeke? rasanya kalau emergency ceaser pun kalau suami di sisi semakin bersemangat agaknye..

Let the pics tells everything..

Dgn perasaan berdebar2..thanks dear hubby 4 everything

Sejurus selepas dibersihkan
Details

Selamat melihat dunia sayang

Kasih Abah membawa ke syurga

Saat membahagiakan

Tido je sayang ni susah nak buka mata




Atuk dan Opah di Annur

Ahlan wasahlan anakku..selamat menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah di muka bumi ini..

Doa menyambut kelahiran bayi:

untuk keluarga:

Barokallahu lakuma fil-mauhubah wasyakartuma al-Wahib wabalagha asyuddaha waruziqtuma birroha..

“Semoga keberkahan terlimpahkan kepada kalian berdua (keluarga/orang tua) atas kelahiran ini.  Bertambah syukurnya kepada Allah Yang Maha Pemberi kurnia. Bisa melihatnya hingga dewasa. Dan dikurniai kebaikan-kebaikannya serta keberbaktiannya.”

untuk anak:

nu`idzuka bikalimatillah at-tammah min kulli syaithonin wahammah wamin kulli`ainin lammah..

“Aku memohonkan perlindungan atasnya dengan Kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari segala godaan syaitan dan binatang buas, serta dari pandangan mata orang yang dengki”

Amin Ya Rabbal Alamin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...