Alhamdulillah..
Murah rezeki Aiman :)
Terima kasih pada semua yg terlibat
(ceceh..cam ucapan dapat award,
tapi seriously, thanks pada yg alertkan n pada yg terlibat dalam semua urusan serba serbi)
actually semua baby yg lahir tahun lepas dapat hadiah dari company
tapinya Aiman terlepas dapat adiah
memandangkan Aiman dah 8bulan
HR company dah carikan hadiah yg sesuai
Aiman suke..
Mama pun gembira sebab dapat tumpang murah rezeki Aiman
Mama dapat fresh flower yg sgt sweet leh letak atas meja :)
|
Cute n sweet..i like! |
|
Hadiah sempena ape ni Mama? Tolong bacakan utk Aiman? |
|
Alhamdulillah, dapat beg susu dgn kawan baru yg sama hijau! (Boleh tak jadi beg sekolah saye?) |
|
Rase mcm nak makan boleh??nyum2..itu saye shuke! |
buat renungan Aiman bila dah pandai membaca nanti
baca pesanan Mama ni ye..
sentiasa cuba jadi yg terbaik ye setiap hari
cuba pastikan ada perubahan yg positif setiap hari walaupun sekecil hama
pastikan hari ini lebih dari dari hari semalam, dan esok lebih sempurna dari hari ini..
Jadi utk permulaan,
mari kita amalkan amalan murah rezeki ni
walau selalu kita alpa, tapi sekurang2nya kesedaran perlu ada
mama pun harus byk memperbaiki diri
lalai dalam menunaikan tanggungjawab pada Allah
padahal kepada Allah lah tempat kita meminta2..
malulah wahai diri, insan yg sgt kerdil.
mari kita cuba yg terbaik ye sayang..
20 AMALAN MURAH REZEKI
1) Menyempatkan diri beribadah kepada ALLAH SWT
2) Memperbanyakkan istighfar
3) Tinggalkan perbuatan dosa
4) Sentiasa ingat ALLAH SWT
5) Berbakti dan mendoakan ibu bapa
6) Berbuat baik dan menolong orang lemah
7) Tunaikan hajat orang lain
8) Banyak berselawat
9) Memperbanyakkan kebajikan
10) Berpagi-pagi
(Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.)
11) Menjalinkan silaturrahim
12) Melazimi kekal berwuduk
13) Bersedekah
14) Melazimi solat malam (tahajud)
15. Melazimi solat Dhuha
16. Bersyukur kepada Allah
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.
18. Berdoa
19. Berikhtiar sehabisnya
20. Bertawakal
Buat Abah, terima kasih selalu mengingatkan Mama. Buat Aiman, yg baik jadikan amalan, yang buruk jadikanlah sempadan :)
|
Jom Mama, masa bermanja2 bersama!!! |
I will always love U, Aiman!
Muah!