Monday, February 28, 2011

Aksi Aiman yg mengejutkan!

Hari ini dalam sejarah
Aiman dah bagi satu kejutan buat mama
nasib baik mama tak pengsan
sebab dgn cepat abah dah bgtau awal2 
beberapa saat sebelum aiman memulakan aksinya!
so dgn cepat mama mempersiapkan mental supaya bersedia melihat 
yang.....
....
...
..
..
..

muka yakin dan berani membuat aksi


Aiman dah pandai turun dari katil 
dgn selamat!!!
hati berdegup kencang jugak
walaupun mental dah bersedia melihat
amboi2..pandai die bajet2 ruang dan ketinggian

1. aiman akan tinjau keadaan jarak katil ke lantai
2. perhati keadaan sekeliling
3. buat gostan halakan punggung ke belakang
4. perlahan2 kaki mengayuh2 terjuntai2 dan mencari lantai
5. tangan berpaut dgn kuat pada katil
6. selamat mendarat atas lantai

aduhhh
boleh pengsan mama
manela sayang belajar ni..
dahla takpandai jalan lagi
tetiba dah pandai turun katil..
aiman..aiman..
sgt bertuah!

Friday, February 25, 2011

10 bulan sudah dia melihat dunia..

Aiman dearie,
sudah 10 bulan dah die mengikut kalendar matahari
mengikut kalendar Islam, dah genap 10 bulan 12 hb yg lepas

Boboy cenyum shimpul ke cayang? =D


sangat mencairkan hati mama dan abah
melihat keletah dan gayanya yg manja

berdiri melepaskan tangan

dah berani berdiri melepaskan tangan utk seketika
dah berupaya berjalan menolak kereta tolaknya utk beberapa langkah
mulut masih berceloteh mmmmmmmmm dgn berbagai2 intonasi

gaya merangkak Aiman (copyright control-kat tgn mesti wajib pegang sumthing)

tengok kat tgn die tu mainan kesayangan die..KUNCI..

dah bijak mencari di mana mama berada
selalu die dah hafal..kalau mama tiba2 menghilang sekitar pukul 7lebih ptg hari bekerja
aiman dah tak menangis lagi
sebaliknya cepat2 tunggu mama depan bilik air sambil menyanyi2
atau aiman memanggil mama2 cepat bukak pintu
die dah tau ye mama akan mandi dan bersedia nak bersolat maghrib time tu
tapi kalau lebih dari 5minit, nyanyian bertukar ke jeritan!!!

menyanyi plus berpidato plus berceloteh

kalau kata di waktu2 yg lain
tiba-tiba mama menghilang
(selalu bila aiman berpaling je mama cepat2 lari senyap2)
aiman tau mana nak cari
cepat2 merangkak ke dapur!
yes!exactly!u are right son!
memang mama akan ke dapur..
taklagi menangis2 meraung macam dulu2 bila mama hilang
aiman akan usaha dulu mencari
kalo takde di dapur aiman akan cepat2 merangkak ke bilik
u are so clever!
i'm very proud of you son!

semoga aiman sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik
dan sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah
malam ni Abah nak bawak g dinner tempat best ye!
hehehe, tapi mama bawak biskut aiman ajela utk aiman ye..hehe
aiman jgn sedih2 weekend ni kite amik angin udara bersih bersiar2
belajar melihat alam ciptaan Allah
sambil2 mama tolak buggy aiman leh tidur kat dalam tu
lebih nyaman kan =)


Monday, February 14, 2011

Shaklee Shop GiftAway..


Kali ini Mama nak mencuba nasib utk GA yg dianjurkan oleh Shaklee2u.com. Kalau dapat menang GA ni, hadiah yg ditawarkan adalah sebotol ALFALFA yg bersaiz 330 biji. Sangat menarik! kenapa?


Sebab Alfalfa ni mempunyai 1001 khasiat seperti sebagai booster menambahkan susu, sebagai penawar resdung dan allergi, membantu sistem pencernaan dan menyelesaikan masalah keputihan. Semua ni masalah saya..hmm..Selain tu juga, Alfalfa ni juga dapat membuang angin dalam badan, masalah major dalam sistem badan saya yg telah diwarisi oleh Aiman Hakim. Cian anak mama. Mama pernah consume Set Trialpack Shaklee Set B, untuk breastfeeding dan hasilnya alhamdulillah, memberangsangkan. tapi setelah Aiman Hakim refuse untuk direct feeding masa usianya 4bulan, Mama dah melakukan satu kesilapan yg BESAR iaitu membiarkan penyakit M menular ke dalam diri akibat depress. sangat sedih bile anak tolak direct feeding. itula, lain kali jgn terlalu ikutkan hati, kesian anak Mama sorang ni dah jarang mendapat EBM dan akhirnya berhenti terus setelah softfit medela harmony Mama rosak. maknanya dah 4bulan lebih Aiman tak mendapat khasiat dan HAK yg sewajarnya. Maafkan Mama sayang. sgt sedih.. sob2. Mama akan kembali mencuba sayang setelah membaca komen seorang kawan yg ingin juga relactation dgn mencuba double pumping. walaupun Mama takde double pump, Mama akan cuba apa2 alternatif termasuk power pumping disamping consume semula SHAKLEE Set B yg turut mengandungi ALFALFA. Cepat atau lambat hasilnya akan Mama usaha juga demi anak Mama yg tersayang ni! Akan Mama gandakan pengambilan Alfalfa ini dari 2kapsul sehari kepada 4kapsul sehari seperti yg telah diusulkan.

Jgn sedih Aiman, Mama sedang mencuba!




Semoga Aiman membesar dengan cukup nutrisi dan kasihsayang



Ida Khairani, maafla saya dah terlebih 10ayat. Tak ape kalau hadiah alfalfa ni bukan rezeki saya, asalkan coretan ini menjadi pengajaran dan motivasi kepada diri saya sendiri dan juga kepada kawan2 blog yg mengalami masalah yg sama seperti saya. Kepada En Suami, terimakasih kerana menyokong saya sepenuhnya! Saya sayang keluarga saya dan mengharapkan yg terbaik utk keluarga saya ini.


I hope for a miracle will happen. Semoga titis2 susu hikmat menunjukkan rupa dan dapat dikembalikan kepada yang berhak, iaitu anakku Aiman Hakim. Ya Allah, makbulkan lah doaku ini.


notakaki : Tun Mahathir Muhammad antara pengamal supplement SHAKLEE. Yg baik jadikanlah panduan :D SHAKLEE mempunyai status HALAL dan asli, bukan vitamin sintetik, selamat tanpa ada perasa dan pengawet tambahan dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sunday, February 13, 2011

Alhamdulillah, murah rezeki dari GA 1st

Hari Rabu lepas Aiman dapat hadiah *wink*
Alhamdulillah murah rezeki Aiman
dapat no 2 dari first GA yg Auntie Yat buat tempoh hari
hasil cabutan dari jari manis kakak Qies yg comel
GA yg simple dan jawapan seikhlas hati senang skit Mama nak join hehe
inipun GA pertama yg Mama masuk
maaf pada yg dah menjemput Mama join GA sebelum2 ni
Mama takdapat nak join sebab kekangan masa
nak mencari2 gambar 
sebab kebanyakan masa Mama blogging kat ofis
*hehe..bos2 sekalian jgn marah ye
Insyaallah ada kelapangan Mama join GA yg lain
jgn marah ye (",)

Best baca blog Auntie Yat ni
memula Mama kenal blog ni masa pregnankan Aiman dulu
bukak tetiap ari kat ofis
dengan harapan tengok muka kakak Qies yg comel tu
baby dalam kandungan pun turut comel same..hehe
lagipun blog ni best
takjemu baca
 plus dengan gamba2 comel kakak Qies
teruskan berblog kak Yat!

Kebetulan Abah Aiman dan Auntie Yat seofis
tapi kami takpenah jumpe pun hehe
Abah pun bawak balikla hadiah tu
wah..so sweet!!

happy friendship to kakak Qies too!
gaya betul je baca notes dari kakak Qies tu?!
dapat busha dan selimut(Aiman dah duk atas die)
Tak sempat2 dah ngantuk dah
Comelnye busha biru tu :D
Lena tidur dgn selimut baru dan bushanya
besar selimutnya, boleh pakai sampai besar :D
Auntie Yat & Kakak Qies..thank youuuuuuuuu!!!!
*baju yg Aiman pakai ni pun hadiah dari ofismate Mama, Auntie Mano, tetiba dapat masa umur Aiman 8bulan.tekejut juga Mama. thank you so much auntie, walaupun Auntie takbukak blog ni :). Alhamdulillah, murah rezeki.

*semoga dengan pemberian nama AIMAN (bertuah) utk anak sulung Mama ni, akan mendatangkan tuah kepada kita sekeluarga, lebih2 lagi utk diri Aiman sendiri. Amin.

Friday, February 11, 2011

Penawar Hati Pengarang Jantung


mmmm..mmmmmm..mmmmm
inila kegemaran aiman hakim sekarang ni
nak duduk tempat driver
kalo duduk belakang memang pantang kalau die tak duduk kat tpt driver
tepaksala mama cari jalan nak tarik perhatian die
Aiman paling suka kalau kene kona
muka yakin je nak pusingkan stereng keta tu
mulut sengeh2 je suka
Abah pun rajin melayan
so Abah layankan ajela ye anak kesayangan die ni

tapi dekat jalan besar takboleh ye sayang
nanti kene tangkap taktau..haaaa


ni la gayanya Aiman kalo buat
mmmmmm..mmmmmmm..mmmmmmmm

dalam artikel majalah MAMI & BABY bulan ni
ada tulis tentang perkembangan bahasa baby mengikut umur
memang betul pun baby seusia Aiman
kuat membebel..hehehehe..
maknanya byk cakap dalam bahasa Aiman sendiri

setakat ni Aiman masih lagi dengan suku kata lamanya
Abu...Abuaaahhhh..Abeh..
kalo Mak tu adela 2,3 kali die boleh sebut
tu pun time die nangis sekuat hati
hukhuk 

Macam2 ragam Aiman sekarang ni
dah merangkak dengan sangat laju
boleh angkat bakul bedak yg penuh 
(dalam die ade 2 botol losyen yg bersaiz besar)
hanya dengan sebelah tangan
Manjanya masih ada
Masih takboleh ditinggalkan keseorangan
sangat hepi kalau dapat lepaskan tgn masa berdiri
sangat suke berpaut pada Mama bile Mama tgh solat
kalo terjatuh sebab mama bergerak untuk bangun dari sujud ke 
nak rukuk ke sanggup tu bangun semula
bile Mama dah siap abis baca doa cium kepala Aiman
barula Aiman pegi main kat sebelah
sabo ajela

Cuma Mama perasan Aiman dah kurang tembam
sebab cirit birit dulu ke sayang?
sian anak mama ni
takpe, recover cepat2
jadi tembam semula ye sayang

Ape2pun bila Aiman gembira
Mama dan Abah sgt bahagia
kasihsayang ni takdapat ditukar ganti dgn wangringgit
semoga ikatan kita semakin hari semakin tebal
semakin hari semakin cinta
love U anak Mama sayang
muah!

Pengarang jantung buah hati Mama dan Abah..hilang stress keje menatap wajah yg suci ni

Wednesday, February 9, 2011

Bila Rotavirus menyerang..


Alhamdulillah, Aiman dah sihat sekarang. Maafkan mama, tiada update utk diary Aiman ni atas sebab2 yg tertentu (termasuk masalah maxis broadband yg sgt2 lembab).


Sabtu; 29/1/2011 :
Aiman dah mula cirit2 tapi dalam jangka waktu yg agak lama. Sebelum tu ada Mama suapkan Aiman pisang berangan mentah buat pertama kalinya. Sebelum ni Aiman belum penah lagi cuba makan pisang. Sebelum tu dalam pukul 11 Mama dah suapkan Aiman bubur nasi + ayam + ikanbilisgoreng yg ditumbuk halus + ubi kentang + carrot. Semua ni Mama blend kan dulu. Petang tu kita sempat lagi menziarah Pahsu di Sunway dan Pahcik di Subang bersama2 atuk dan pah.
Aiman tiba2 menjerit dalam tidur pukul 1 pagi. Mama buatkan susu, Aiman taknak, Alhamdulillah selepas beberapa minit Aiman kembali tenang.


Ahad; 30/1/2011:
Atuk dan Pah dah balik ke Taiping, setelah urusan selesai semuanya tengahari tu. 




Beberapa kali Aiman menangis secara tiba-tiba reaksi muka nampak seperti kesakitan, diikuti dgn cirit-birit. Taksampai hati tgk anak Mama berguling2 atas katil menjerit..huhu, rasa nak menangis sama..Berlarutan sampai ke petang. dalam pukul 3 dah nampak keletihan Mama biarkan dulu Aiman tidur sementara menunggu hujan lebat reda. 
Tidur utk recover




Lepas Asar, Mama dan Abah bawa Aiman ke Poliklinik Annur di BTHO, niat asalnya nak ke Columbia Asia depan rumah (walaupun dah ada upacara perasmian, rupa2nya belum dibuka secara sepenuhnya lagi).

Menurut Dr, Aiman mungkin dijangkiti virus, menyebabkan dia memulas2 perut dan cirit birit. Sama ada Aiman akan memulas perut ataupun muntah2. Nampaknya simptom muntah takde. Alhamdulillah, Aiman nak makan ubat2 tu semua. yg menggembirakan mama, Aiman boleh makan ubat angin centinox tu thru picagari tu tanpa sebarang perasaan takut, tak macam dulu2 siap nangis2 kene pegang ape sume. Lega hati mama, bila dapat makan ubat, semakin sembuhla ciritbirit dan angin Aiman tu.


Minum air garam supaya bertenaga seperti biasa! shedap tapi masin :)




Isnin; 31/1/2011:
Kita ke Klinik Paed Annur, jumpa dgn Dr kesukaan Aiman, Dr Khairul Azman. Best Dr tu sebab dia yg jaga Aiman dari hari pertama dilahirkan sampaila sekarang. consultation dari dia sgtla puas hati. Mama cuti haritu untuk jaga Aiman sepenuhnya dan the whole day Aiman jadi anak yg baik. Goodboy! Mama sayang Aiman! cumanya Aiman masih lagi tak seaktif biasa, yela kesan ciritbirit semalam, tapi Aiman nampaknya recover, kecuali angin. sebab masih lagi kentut2 yg banyak. tapi kentut adalah cara buang angin yg paling senang, so bersyukur bila Aiman dapat buang angin tu.


Sudah bertenaga utk exercise meningkatkan stamina!




Kesimpulan dari semua:
1. Mama akan lebih berhati2 dalam menu harian Aiman, walaupun baby lain tahan, maybe Aiman taktahan dgn makanan2 tu
2. Sekarang ni setiap bende yg Aiman jumpa, mesti dan wajib Aiman akan masuk dalam mulut. bende tu adalah lumrah baby seusia Aiman sebab deria yg paling peka sekarang adalah lidah, sebab tu nature baby akan merasa dgn lidah. tapi kalau boleh Mama akan pantau dan halangla. semua bende berhabuk pun nak masuk jugak, payah tu. (harap2 pasni boleh resistant skit ye??hehe)
3. Penyediaan makanan jugak penting. ni pesanan org tua; bubur tu masakla lama2 sebab dicampurkan sekali dgn daging kan. dan hygiene la dari segala serba serbi.


* Bak kata Dr, punca utama dari simptom ni adalah dari virus rotavirus. sebarang info tanya prof wikipedia ye. tapinya dari sumber mana takdapat dikenalpasti. adakah pisang? atau bende2 yg dikutip dan dimasukkan ke dalam mulut? nak kata bubur, lepas 2 hari mama bagi lagi stok bubur yg dah difridgekan berasingan, Aiman dah tak ciritbirit lagi. mungkin dari bende2 yg dikutip2 kut..hmmm..


* Tapi sebelum ni masa Aiman 7bulan, pernah Mama bg Aiman makan buah epal rebus, cirit birit jugak tapi tak memulas2..Aiman taksesuai makan buah ke sayang? bersabarla sampai umur satu tahun, Mama akan ajar semula Aiman makan buah-buahan :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...