Wednesday, March 30, 2011

11 months milestone

Hai ...sambil buat gaya yg menggoda


assalamualaikum

My dear Aiman dan pembaca yg tertanya2 kenapa tiada update di sini, mama minta maaf. di kesempatan yg ada ni, akan mama update perkembangan sebelas bulan Aiman sekarang ni..sekejap aje masa berlalu, pejam celik pejam celik dah nak hampir setahun sayang mama ni! dari baby nanti jadi toddler..alahai..

Alhamdulillah, sejak Aiman kurang sihat tempoh hari, Aiman riang gembira aje. tak menjadikan demam tu satu alasan untuk bermuram, bagus2 sayang. cuma mama tengokla kesian sgt. Masa hari lahir mama pada 15hb yg lepas, Aiman masih lagi batuk dan selsema dan sepatutnya pada hari tu Aiman dijadualkan untuk second vaccination pneumococcal, tapi mama dan abah bawak Aiman cucuk pada hari Sabtu, 19hb. Risau jugak kalau2 selsema takboleh cucuk, tapi Dr Khairul cakap boleh takmenjadi masalah jadi diteruskan jugak. Alhamdulillah.

Sekarang, Aiman dah sihat walafiat dan perkembangan Aiman yg terkini :

1) dah pandai berjalan untuk 8-10 langkah, Alhamdulillah :)
2) dah boleh panjat sofa merah di ruang tamu! OMG!
3) dah boleh tepuk tangan dan kenal lagu tepuk amai2 terus nak tepuk :D
4) ikut mood kadang2 pandai nak babai, kadang2 buat blurr utk melambai tgn
5) sangat suka menyembur air liur ke tahap maksimum!! (kalau mama marah dan penah je kene jentik ngan mama dgn kene tekan pipi/mulut lagi Aiman suka dan ketawa berdekah2..siap mama bgtau, Mama marah la ni sayang..huhuhu)
6) dah kenal telefon dan pandai letakkan telefon di telinga. lepas nasibla telefon tu kene campak/lepas gitu aje. sgt marah kalau mama/abah/org lain cakap telefon takbagi die pegang.
7) tersangat2 suka kalau kene dukung tapi kalau nampak sumthing yg best tak menyempat2 tolak dada org yg mendukung dia sebab beria2 sgt nak turun bawah
8) dah pandai buat observation..ha..ni yg bahaya!
9) tau yg ketayap tu utk dipakai di kepala dan dah pandai nak letak sendiri ketayap tu di kepala lepas tu buang.
10) butir bahasa dah bertambah amamama, mamamammmm, ammmaaakkk(ni kalo menjerit)
11) langsung takboleh tgk baju yg elok berlipat especially lipat kain depan Aiman, mesti nak kacau baju2 tu dan selerakkan
12) kalao jumpa sapu tangan sgt suka mengibas2 kain tak berhenti (bagus jugak halau nyamuk kalau ada)
13) sangat expert dah bab2 nak mengajuk
14) sejak 10 bulan kalao mama dukung, sgt suka rangkul leher mama dan tgn kiri menepuk2 lembut bahu mama (i dont know until now i love this moment very much!)
15) sangat suka mendengar azan, zikir dkt Astro oasis, bagi tumpuan pada rancangan Adikku sayang (TV1) suka kot dengar kakak2 abg2 bercerita dan berpidato..tapi kalo pasang katun langsung tak menunjukkan minat. kalau berzikir sebelum tido, aiman pun berzikir sama..
16) manjanya toksah nak cita la memang manja budak ni..tapi insyaallah mama dan abah akan didik Aiman sebaik2nya dgn disiplin supaya tak merosakkan permata hati kami ni..
17) kalau dgn org lain, aduhai baiknye die pandai bawak diri pe sume, duduk elok je, tapi kalo nampak kelibat mama terus jadi aktif secara tiba-tiba.
18) sangat suka memunggah bakul mainan, dan ada habit yg bagus, bende yg bersepah akan Aiman simpan semula dalam bakul mainan tu. jadi "barang2 mainan" kegemaran Aiman seperti kunci rumah, kunci kereta dan handphone, kalau hilang sila cari terus dalam bakul mainan Aiman, insyaAllah ada :)
19) dah pandai untuk membaling bola, tapi selalu baling ke belakang :)
20) yg membuatkan mama sedih, kalau dgn mama Aiman kurang nak makan, (walaupun stok bubur yg sama diberi pada pengasuh confirm habis)..kalo ngan mama suke sgt die main2..macammana la nak atasi bende ni..mama masih menunggu dan mencari petunjuk huhuhuhuhu

apa2 pun, semoga menjadi anak yg soleh dan bijak ye sayang :)

Aiman dan bakul mainan kegemaran
Mengatur langkah..takteh..




Tak sabarnya nak balik keje amik Aiman Hakim kusayang :)

Tuesday, March 8, 2011

Semangat yg positif walaupun sakit..Aiman Hakim..



Aiman masih belum sihat lagi..start hari khamis lepas Aiman mula menunjukkan tanda2 nak demam bila mama ambil aiman dari rumah pengasuh, Aiman selsema dan batuk2 kedengaran macam ada kahak. bawak Aiman ke klinik Ann*r, tapi Dr kesukaan takde, diganti dgn Dr lain. takdapat ape2 ubat, die suruh makan ubat demam aje masih ada dalam simpanan. Aiman melawat kawan baru, Hani Marissa anak auntie Yuzi, warded. nanti Aiman dtg melawat lagi ye lain kali. malam tu Aiman takdapat tidur lena. kesian anak mama.

Dalam 10 bulan ni, ini baru kali ke-3 Aiman demam, tapi nampaknya kali ni agak teruk dan lama. yg lain2 tu sebab aiman angin perut, perut sensitif macam mama.

Jumaat, mama dan abah halfday, bawak Aiman ke C*lumbia Asia yg baru bukak depan taman rumah, jumpe Dr Hew. Ok Dr tu, tapi Mama & Abah prefer lagi Dr Khairul dari Klinik Ann*r sebab nampak lebih experiance. tapi Dr Hew ni sgt2 teliti. Treatment ok, tapi service & sistem di hosp tu sepatutnya diperbaiki lagi. yelah, baru je bukak kan.. 
Mykad


Sabtu Ahad tak kemana, dgn sebab kesian nak bawak Aiman yg masih tak sihat. Ada dapat undangan dari Paklong Ijam dari Subang sebab buat birthday party yg ke2 abg Arfan, tapi tak pegi. Mama pun dah berjangkit dgn Aiman. tapi takpe, yg Mama doakan selalu Aiman sentiasa sihat. Walaupun Aiman demam, Aiman tak merengek2 sgt. sangat suka bermain tapi cepat penat. kalau taklarat, Aiman dgn sendirinya akan baring. siannye die ye. tapi semangat gembira tu yg mama suka! Aiman dah berani berdiri lepaskan tangan utk tempoh yg agak lama dan mula menapak utk 3 langkah tanpa pegang pada apa2! setiap malam Aiman akan muntah, tapi Alhamdulillah, bila muntah akan keluar segala kahak dalam peparu Aiman tu. sekurang2nya lega sikit kalau tak ditambah dgn hingus yg menjejeh2 tu. Mama dan abah curi2 lap, marah sgt Aiman kalau org lap hidung die. tambah kalau kitorg nak sedut hingus tu pandai die tutup hidung ye.. walaupun tidur tak lena tapi aiman tetap tabah pejamkan mata, bila takboleh tidur, aiman akan bergolek-golek sampai tertidur. outcome lain dari demam ni, mulut aiman tak henti-henti bercakap bahasa aiman la ye. awawawawawaaa...

Aksi2 berani turun katil lastly sgt happy sebab dapat sampai ke bawah :)


Isnin Aiman dah kebah dari demam, tinggal batuk dan selsema aje sampai ke hari ni. Alhamdulillah ada perubahan. Semoga cepat sihat ye sayang, boleh main2 dgn bertenaga!

Pagi tadi mama pergi kerja awal, Mama dukung Aiman bawak ke pintu. bila mama bagi Aiman kepada Abah, die menangis nak ikut..sayu nya rasa hati. Mama pergi kerja sayang, kalau nanti Aiman dah sihat kita g jalan2 ye. petang nanti Mama ambil Aiman ye. rindu pada Aiman! Video ni kenangan masa Aiman demam tempoh hari. dah besar nanti jgn lupa tgk video ni ye. (abaikan suara mama yg dah jadi macam pelakon utama tu :D)

oo..senget ye.. taktau pulak macamane nak rotate kan :D

Tuesday, March 1, 2011

Seruan ke Tanah Haram


"Ya Tuhanku! Aku datang kepada-Mu dari jarak yang jauh dengan harapan mendapatkan kebaikan dari-Mu, maka berikanlah kepadaku sebagian dari kebaikan-Mu yang dapat mencukupiku dari kebaikan-kebaikan selain-Mu, ya Allah Yang Dikenal dengan segala kebaikan."

sebelum berlepas..

Maha suci Allah dan segala kepujian adalah kepunyaanNya, tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah , Allah Yang Maha Esa, tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Selawat sejahtera ke atas Rasulullah


Ya Allah Tuhanku! daku kerjakan ibadat ini ialah kerana beriman kepadaMu dan membenarkan kitabMu, menyempurnakan janji denganMu dan menurut perjalanan (sunnah) nabiMu dan kekasihMu, Saidina Muhammad s.a.w .


Ya Allah, sesungguhnya daku meminta kepadaMu keampunan, kesihatan yang sempurna dan penolakan yang berkekalan dari bala bencana sama ada pada agama, dunia dan akhirat serta mendapat kemenangan dengan beroleh syurga dan keselamatan dari api neraka.

 Selamat pergi dan selamat pulang. Semoga dilancarkan segala urusan. Semoga pulang bersama umrah yang mabrur. Amin.



Aiman hantar atuk dan pah ke KLIA untuk mengerjakan umrah. Alhamdulillah, Aiman behave dan takbuat ragam, baik je tunggu kat sana. 



menunggu di sana tak terasa lamanya sebab ada Aiman Hakim..

kita tgk apa yg ditenungkan oleh Tok dan Pah..

melihat celoteh si penghibur hati





Comotnye budak ni..

Banyak lagi gambar gelagat aiman yang sempat ditangkap
tapi Mama yg tak sempat nak uploadkan
kita tgk aje nanti dalam album ye sayang :)

Insyaallah nanti Aiman pun akan menjejak Tanah Haram untuk menunaikan ibadat. semoga hati sentiasa terpanggil dan menerima seruan Allah utk pergi ke sana menunaikan ibadah.
Amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...