Friday, December 10, 2010

Ahlan wasahlan..Permata Hati..

Muhammad Aiman Hakim, kelahiranmu dinantikan..

Mesti Aiman nak tau kan kronologi kelahiran Aiman kan? Alhamdulillah, sepanjang kehamilan Mama selama 38 minggu Mama belum pernah mengalami alahan yg teruk dan juga sebarang kepayahan. Setakat alahan biasa utk 2bulan lebih tu biasala kan. Walaupunbegitu, Mama pun takterlepas dari ujian Allah sewaktu melahirkan Aiman. Yang paling penting, Aiman selamat dilahirkan pada hari Sabtu, 24 April 2010 jam 5.32petang melalui pembedahan. (Sama birthday dgn Paklang).

Semuanya berlaku dalam sekelip mata; di dlm bilik pembedahan dalam masa 15minit (termasuk bius ) Mama dapat melihat anak lelaki Mama diangkat oleh Dr Fatimah dan ditunjukkan kepada Mama. Alhamdulillah, alhamdulillah syukur Ya Allah. Tak tergambar perasaan Mama masa tu kecuali syukur kepada Allah. Kesian pada Abah yg beria2 nak menemani Mama dalam OT, taktertunai disebabkan pembedahan ni dipanggil emergency ceaser, suami tidak dibenarkan masuk kerana Dr ingin mengurangkan sebarang risiko. Yeke? rasanya kalau emergency ceaser pun kalau suami di sisi semakin bersemangat agaknye..

Let the pics tells everything..

Dgn perasaan berdebar2..thanks dear hubby 4 everything

Sejurus selepas dibersihkan
Details

Selamat melihat dunia sayang

Kasih Abah membawa ke syurga

Saat membahagiakan

Tido je sayang ni susah nak buka mata




Atuk dan Opah di Annur

Ahlan wasahlan anakku..selamat menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah di muka bumi ini..

Doa menyambut kelahiran bayi:

untuk keluarga:

Barokallahu lakuma fil-mauhubah wasyakartuma al-Wahib wabalagha asyuddaha waruziqtuma birroha..

“Semoga keberkahan terlimpahkan kepada kalian berdua (keluarga/orang tua) atas kelahiran ini.  Bertambah syukurnya kepada Allah Yang Maha Pemberi kurnia. Bisa melihatnya hingga dewasa. Dan dikurniai kebaikan-kebaikannya serta keberbaktiannya.”

untuk anak:

nu`idzuka bikalimatillah at-tammah min kulli syaithonin wahammah wamin kulli`ainin lammah..

“Aku memohonkan perlindungan atasnya dengan Kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari segala godaan syaitan dan binatang buas, serta dari pandangan mata orang yang dengki”

Amin Ya Rabbal Alamin..

4 comments:

mama qiestina said...

oho aiman pon emergency c-sect cam qies ekk? napaaaaaaa eh?

btw dokter fatimah sgt besh kan :) akak sukee dia..tu dulu bitau kat ur hubby soh pilih dokter tuu..

takpela mahal ckit tapi berbaloi.

mamaaiman said...

tula..tetiba cek mggu ke38 bp borderline plak, 2weeks b4 normal. kene admit, bp makin naik tak turun2 kalo turun pun sekejap n skit je. 3ari kene induce, takde pape reaction. maintain je. Dr pun takbagi biar trus C-sect :( sedey..tapi yg penting hepi dah ade anak..hehehe..

kimsalam kat qies yg cumil tu ye :D

Ina said...

kita lupa yg ainul kena c-sect. makin pelupa lah kita ni. btw bila lah nak dpt jmpa aiman ni ye. tgk dlm gambar nampak semangat. ntah2 sama besar macam ihsan. ihsan halus je. aiman ikut abahnya la ni kan hihi

mamaaiman said...

biasela tu ina..kalo kite, pas pantang tu sampai skrang makin pelupa..kekadang ingat nk wat tu wat ni, pastu lupe..kekadang blurr..hehhe..nak kene makan kismis kite ni..aiman tak semangat sgt..biase2 je..nak kene jumpe jugak b4 ina balik kampung :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...