Thursday, November 24, 2011

..Selera Makan Aiman..kurang tapi berat badan ikut graf :)


Sejak 2,3 bulan ni, mama perasan yg Aiman semakin kurang makan
macam2 teori yg keluar
1) gigi lambat keluar jadi Aiman dah terlalu bosan makan bubur/nasi
2) nak tumbuh gigi memangla selera kurang? iyeke?

sangat risau..tiap2 hari ambil dari rumah pengasuh
mesti tanya; Aiman makan byk tak?
jawapan dari pengasuh; Aiman makan banyak, especially bile makan sekali ngan kakak2
berharapkan jawapan macam tu la setiap hari
sebab bile sabtu ahad dgn mama dan abah, Aiman memang kurang makan
(takde teman sepermainan kut)
dahla dah pandai menggeleng
bile sua makan, mama nak suap Aiman menggeleng
jadi mama sediakan 2pinggan
Mama suap, Aiman pun suap sendiri
menjadi jugakla trick ni
tapi makin lama makin Aiman susah nak makan  nasik
kegemaran Aiman adalah SUP
itu aje yg die suke sampai sekarang
suka untuk menghirup sup dari mangkuk!
dulu suka makan ubi dan ayam, sekarang SUP semata2
nasi Aiman akan luah
risaunya hati mama, risau sangat2
bila dukung dah terasa ringannya

jadi, solutionnya
mama perkenalkan MEALSHAKE Shaklee



walaupun Aiman tak makan, sekurang2nya mama lega
Aiman akan dapat 35% protein, 19 vitamin dan mineral yg penting
dan jugak sumber kalsium untuk gigi Aiman cepat2 tumbuh
dan 240 kalori, sangat2 penting untuk pertumbuhan Aiman sekarang

sekarang mealshake Aiman dah masuk botol ke2
sebab botol pertama mama makan sama sepanjang bulan puasa
huhu..kesian Aiman

minggu lepas;
Mama & Abah bawak Aiman ke klinik untuk cucuk DPT booster 1
untuk setahun 6 bulan
Mama tanya doktor; Aiman sekarang susah sgt nak makan
Doktor cek timbang berat Aiman
Alhamdulillah, berat badan ikut graf

Doktor cakap jgn risau sebab bukan jadi masalah sebab berat badan Aiman tak menurun
Lega hati mama, cuma yg merisaukan mama minat Aiman terhadap nasi
(risaula kan anak tak makan nasik macam mama dan abahnya)
Tapi Doktor cakap, sebenarnya dalam dunia ni ada berjuta2 kanak2 yg takde minat dgn nasik
jadi sebagai parents kene sentiasa mencuba menu yang baru cari interest anak suka makan ape
even, walaupun kentang goreng, bagi aje dulu ikut minatnya asalkan dia nak makan

jadi, pada pendapat mama
mama sgt berpuas hati perkenalkan mealshake pada Aiman, sebab
1) mama tau khasiat seharian yg Aiman akan dapat sebab mama takdapat menyediakan pemakanan yg seimbang pada Aiman ikut piramid makanan
2) Mama perkenalkan supplement semulajadi, bukan sintetik, jadi buah pinggang dan hati Aiman yg muda tu tak teruk sgt memproses bahan2 asing yg masuk dalam badan
3) cukup kalori, cukup protein, tak bergantung pada kalori2 makanan tak sihat. (say no to jajan please sebab ade perasa, pengawet yang membantutkan perkembangan otak) motif: Dr cakap bg je makanan yg die suke; takkan suka jajan mama redha nak bagi jajan yg SANGAT TAK SIHAT tu? No no no..

Masalah kurang selera makan sebenarnya ada kaitan dengan kekurangan zat besi, b kompleks dan beberapa mineral lain dalam badan. Jadinya kena bersabarlah dan beristiqamah memberikan segala keperluan yg sgt2 diperlukan oleh kanak-kanak ni. mama berdoa supaya keadaan kembali seperti biasa.

jadi, sekarang; mama discover makanan kegemaran Aiman adalah:
1. coklat :D
2. ayam goreng part peha dan wings
3. bihun, mee dan kuewtiaw
4. buah-buahan epal, pisang

kecuali NASI :D


Biskut kegemaran Aiman


Masa ni berselera dgn nasi Restoran SABA :)

Aiman suka buah-buahan
Lepas bawa restoren Saba tempoh hari, mama discover yg Aiman suka nasi berperasa. sebab tu Mama buat jugak nasi tomato, nasi daging dan nasi jagung di rumah supaya AIman berselera makan. tapi apa2pun makan jugakla, tak sebanyak makan bubur kecik2 dulu..kalau bagi mee, bihun kuewtiaw lagi banyak makannya.

takpela, mama berusaha lagi dan sentiasa berdoa agar Aiman akan berselera makan nasik (nak juga nasi tu hehe). mungkin suatu hari nanti, keadaan kembali seperti biasa.

ps: terima kasih mealshake kerana membantu membekalkan pemakanan seimbang kepada Aiman :)

Wednesday, November 23, 2011

Perkembangan 1 tahun 6 bulan


Uishhh..tengok gamba tu..khusyuknye anak mama ni buat pe la tu ye?
alamak, baju yg aiman pakai ni same la ngan yg lepas..huhu..takpela kan..
ni la first time aiman berjaya buat blok lego sendiri, 1st time dan tanpa bantuan org!
i'm so impressed with u Aiman!
beli lego ni dah lama, tapi b4 this aiman baling2 je buat sepah umah
saje suka bukak beg lego ni pastu sepah2kan pastu goodbye
tinggalla mama yg kene kemaskan balik
so, mama sorokla lego ni

sampai satu hari,
aiman jumpa semula
mama dgn rela hati biarkanla aiman ambik lego tu
dalam hati dah redha..
konon2 ingat seperti biasalah kan..

tapi..
inilah hasilnya!
tekejut mama dan mama sgt hepi!






Alhamdulillah
1 tahun 6 bulan
Aiman dah pandai main lego!
skil boleh diasah lagi kan
okla tu, percubaan pertama
Good job Aiman
Cuba lagi ye!

Muah-muah
*hugs n kisses*
(eh, esok aiman setahun 7bulan dah!)
ni gamba minggu lepas :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...