Thursday, August 25, 2011

Hadiah hari lahir Aiman setahun 4 bulan

Semalam, 24/8/2011 genap Aiman setahun 4bulan..dan hadiah untuk Aiman adalah
.................
.........
....
...
.
.
.
.
.
.
gigi yang pertama!!!!
*gigi atas*
alhamdulillah
lama betul penantian gigi sulung Aiman ni
sampai dah setahun 4bulan baru nak tumbuh gigi
takpela Aiman
ape yang berlaku ade hikmahnya
lepas ni dah ade gigi jangan makan pelik2 tau
sekarang pun tengok je ape2 makanan sume nak makan
makanan berbuka Mama dan Abah pun nak makan
pantang tengok bag plastik mesti buat2 batuk ngada2
kalau takdapat buat2 nangis
tarik tangan mama suh bukak ape yg ade dalam tupperware ngan plastik
saba jela die..
tapi gamba gigi pertama Aiman mama takdapat nak tangkap
maafla Aiman, mama dah lama tak tangkap gamba Aiman betul2 skrg ni
raya nanti kite tangkap gamba banyak2 ye

sekarang ni macam2 dah karenah die ni
pandai sgtla kalau dengar nak jalan ke,
nak naik kereta ke
mesti paham nak kuar
kalau dapat masuk bilik air susahnye nak kuar
dah suke pulak main air lame2
dulu takut sgt ngan air sejuk
suke sangat punggahkan blok2 lego dengan sengaja pastu tak main dgn lego tu
grrrrrrrrrrr...sabo jela
pagi tadi dah hancurkan bedak compact mama
aiman2..

ape2pun mama tak kisah
explore la sayang
ini duniamu

Mama sayang Aiman!

Gambar semalam, nak tangkap gamba gigi susah nak nampak :)







Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday RAMADHAN

Bersedia dengan kopiah

Allahu akbar!

Rukuk

Doa

Makbulkan doaku ya Allah..
Alhamdulillah, Aiman dah solat, anda sudah?
Semoga menjadi anak yang soleh yang mendoakan mama dan abah setiap hari sehingga akhir hayatmu.
Sempurnakan yang wajib, perbanyakkan yang sunat.
Salam Ramadhan ! Selamat beribadah!
Selamat berpuasa dari lapar, dahaga, 
dan juga perbuatan2 dan pandangan yang mendatangkan dosa.

~ Wordless Wednesday yang tak berapa LESS ~
>Mama Aiman<

Thursday, August 4, 2011

Kisah Kecintaan Rasulullah terhadap cucu2nya yang patut dicontohi

Alhamdulillah..hari ni dah masuk hari ke4 umat Islam berpuasa Ramadhan. Aiman puasa tak? mestila tak puasa kan, aiman kan kecik lagi. dan Alhamdulillah, Aiman pun dah sihat dari demam yang panjang. risau mama, senang jugak Aiman berjangkit demam sekarang ni, tapi memang musim sekarang ni musim serangan virus bak kata doktor.

Ihsan Google


Mama nak abadikan kisah lucu Aiman semalam yg takdapat mama lupa sampai bila2. Mama dah biasa solat maghrib berdua bersama2 Aiman setiap hari sementara menunggu Abah balik dari ofis selepas maghrib (utk bulan2 biasa, bukan Ramadhan). Jadi, aksi Aiman menangis2 sementara mama ambil wuduk, ataupun aiman pun basah sama sebab ambil wuduk sama dengan mama adalah perkara yang biasa bagi mama, bila dah jadi rutin mama dah tak rasa ape2 dah, kalo dulu2 memang rasa susah sgt sebab bila mama hilang je dari pandangan die mesti nangis dan menjerit!!hmmm..

bila mama mula je bentang sejadah, Aiman cepat2 akan bediri depan mama, menghadap mama, tapi solat sama2. jadi pandai2la mama solat asalkan menjaga adab jgn bergerak tidak lebih dari 3pergerakan supaya solat tak terbatal. bila mama rukuk, aiman mesti cepat2 sujud dan duduk je dekat tempat sujud mama tu.. kacau2 mama la.. ini semua perkara biasa..dah lali katakan..........

                                                  ---------------------------------------------------

Al-kisahnya semalam, hari ketiga Ramadhan, selepas berbuka dengan air kosong, kurma dan kuih & agar2, mama dan abah solat berjemaah maghrib. mase mama ambil wuduk, aiman pun basuh kaki sama, basah dah seluar die..

bile nak mula solat, dah bentang 3 sejadah, untuk abah sebagai imam, mama makmum dan sejadah kecil khas untuk aiman. sejadah aiman mama letak di sebelah kiri abah, sejadah mama di belakang kanan abah.

Aiman pun memulakan aktivitinya :

1. Angkat sejadah kecik die tu letak tengah2 antara sejadah abah dan mama.
      So, abah pun ubahla letak sejadah aiman betul2 belakang abah, sebelah mama.

2. Bile stat solat, die pun ke depanla duduk macam biasa depan abahla, depan mama la.

3. Sampai di sejadah mama Aiman dah lipat pulak depan sejadah mama tu..hati mama dah grrrrrrr...

4. bila saat rukuk, aiman berdiri depan abah lama menyebabkan kami qiyam lama sebelum sujud.

5. bila dapat sujud, terpaksa mama betulkan skit sejadah supaya dapat sujud (dgn 1 pergerakan shj)

6. bila duduk antara 2 sujud, aiman datang, duduk atas peha mama, rangkul leher mama, dan cium mulut mama!!!!!!!!!!!!!!!!!!

mama dah cair hati di saat itu juga dan terus bagi salam takdapat teruskan jemaah, decide biarla mama jaga aiman dulu sementara abah solat..aduhhhhhh..nak ngorat mama mase solat ke sayang??terus rasa nak tergelak. sayang2. mama yg tak kuat iman terus tak boleh khusyuk solat tak seperti Rasulullah s.a.w yang solat bersama2 cucu kesayangannya Hasan dan Hussein.

sementara tunggu abah habiskan solat, aiman yang duduk atas riba mama ni tarik2 telekung mama. mama berlakon konon2 nangis, Aiman pujuk mama dgn cium pulak pipi mama. pastu, mama buat2 nangis lagi..punyela pandai die pujuk mama dgn buat2 muka ceria depan muka mama dan sengih2 memujuk.. alahai anak manja mama ni, memang penawar hati, penyejuk hati betulla die ni!! mama sayang die!!

so, utk hari ni; samada
1. Aiman duduk luar bilik, mama abah solat dalam bilik (meraung2 la tu nanti!!) , atau
2. rotate abah solat dulu, baru mama

hihi..takdela..aiman jgnla kecik hati bile baca besar2 nanti..takkanla mama abah nak buat yg no 1 tu..kalau ada org lain di rumah barula boleh buat kan.. :)

jadi, di hari yang baik bulan baik ni, mama kongsikan kisah kecintaan RASULULLAH S.A.W terhadap cucu2 kesayangannya, Saiyyidina Hassan dan Saiyyidina Hussein a.s. semoga kita boleh berusaha untuk mencontohi Nabi Muhammad s.a.w yang tercinta ini.

1. Sewaktu Sayyidina Hassan dan Hussin masih kecil, apabila Rasulullah SAW sembahyang, baginda meletakkan mereka di sampingnya. Kedua-dua cucunya ini memperhatikan gerak geri baginda dalam sembahyangnya. Bahkan, ketika baginda sujud, kedua-dua anak itu melompat ke belakang baginda. Maka ada seseorang yang mencuba melarang kanak-kanak itu, tapi baginda mengisyaratkan supaya dibiarkan saja kedua-dua cucunya bermain di belakangnya.

Jika Rasulullah SAW hendak mengerjakan sembahyang, maka baginda meletakkan Hasan dan Husain. Kemudian baginda bersabda: “Sesiapa yang kasih kepadaku hendaklah ia kasih kepada yang dua ini (Hasan dan Husain).

2. Pada suatu hari Rasulullah SAW keluar bertemu dengan kaum muslimin, sedang bersamanya ada Hasan dan Husain. Seorang di bahu kanan dan yang seorang lagi di bahu kiri. Baginda mencium Hasan, kemudian mencium Husain pula.


Ketika Rasulullah SAW membawa Hasan dan Husain, tiba-tiba seorang lelaki bertanya kepada baginda, “Ya Rasulullah, apakah engkau sangat cinta kepada mereka berdua?” Baginda terus menjawab, “Sudah tentu. Sesiapa yang mengasihi kedua cucuku ini maka bererti telah mengasihi aku, dan sesiapa yang memarahinya bererti ia memarahi aku.”

3. Umar bin Khattab pernah menyaksikan Rasulullah SAW sedang mengendong Hasan dan Husain, seorang di bahu kanan dan yang seorang lagi di bahu kiri baginda. Maka Umar berkata kepada Hasan dan Husain, “Kuda yang paling baik ialah di bawah kamu (Rasulullah).” Rasulullah melirik kepada cucunya lalu berkata, “Dan penunggang kuda yang paling mahir adalah kamu berdua.”

Di dalam rumahnya sendiri, Rasulullah SAW membawa Hasan dan Husain di atas belakangnya, kemudian baginda berjalan dengan tangan dan kaki sambil berkata: “Unta yang paling baik ialah unta kamu, dan sebaik-baik pasangan ialah kamu berdua.”



boleh baca banyak lagi kisah2 kecintaan Rasullullah terhadap cucu2nya di sini :
http://kisahteladan.info/rasulullah/cucu

Bukan gambar terbaru : Mama dan abah cintakan Aiman :) semoga cinta  kami diberkatiNya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...