Monday, June 20, 2011

Perkembangan Aiman setahun sebulan

Salam Isnin buat semua.

Jalan tengok bawah ye sayang :)


Hati Mama sangat risaukan Aiman sekarang. nanti mama cerita ye. kita tengok dulu gambar2 ekspresi Aiman untuk setahun sebulan ni.





Minggu ini usia Aiman setahun 4 minggu. Kita cek apa yg babycenter hantar pada mama :

Spirited and mild-mannered toddlers alike will experiment with ... how shall we say it? ... undesirable behavior. If your toddler indulges in fits of screaming, hitting, and biting, you can take some solace in knowing that his development is right on track. Discipline can be a challenge with kids this age, so try to build a little personal time into your schedule each week as a way to refuel your patience tank.

Lega hati mama bila baca artikel ni. mana taknya, sejak Aiman tak sihat lepas cucuk MMRV awal bulan tempoh hari Aiman dah mula menjerit seolah2 terbawa2 dari sakit hari tu. sebelum anak mama ni sangat ceria, kalau tangkap gamba selalu tersenyum manis riang gembira. kali ni bila tengok gambar2 Aiman bila dah capai setahun ni berbagai2 ekspresi muka boleh tengok. anak mama dah besar! dah pandai buat bermacam2 gaya termasuk MERAJUK! tapi tula, Mama akan cuba didik Aiman sebaik yang mungkin dan akan cuba mendisiplinkan Aiman agar menjadi orang yang berguna di masa depan.


Tak sabar nak balik ambil aiman. Mama sgt risau. sebab anak pengasuh Aiman tengah demam samada campak/chickenpox. Takpasti yang mana, tapi naik merah sampai ke muka. aduhhhh..
Aiman ni baru je recover dari demam panas, ruam2 teruk dari MMRV, janganla berjangkit dari kakak izati pulak..ikut hati nak aje mama ambil cuti jaga Aiman, tapi banyak perkara yg menghalang. Mama doa2 jela semoga kita sentiasa dilindungi. semoga sentiasa ada jalan untuk semua masalah. walaupun mama tau semua ini adalah proses2 kehidupan sebagai manusia biasa agar nanti kita menjadi insan yang kuat, tapi hati mana tak risau kan. Aiman duduk baik2 ye dekat umah Cik Na tu..hmmm...


Friday, June 10, 2011

Aiman Hakim Diary Kembali!

Salam Jumaat.

Fuhh!! Lama betul blog Aiman Hakim Diary ni berehat. Maafkan mama Aiman.
Last entry pun 14 April yg lepas.
Sekarang pn Aiman dah masuk umur setahun sebulan lebih.
mestila macam2 cerita menarik Aiman dah terlepas kan..

Review milestone setahun sebulan Aiman :

Allahu akbar!
  1. berjalan dgn steady
  2. belajar berlari2 anak, seronok kalau dikejar
  3. sgt concentrate bile dengar azan sanggup mencari di mana sumber azan : kalau azan dari masjid, akan berlari2 mencari, kalo depan tv akan duduk diam dan dengar sampai habis sambil letak tangan di telinga macam muazzin nak azan, lately muliut die pun azan sama
  4. sangat mendengar arahan, alhamdulillah!
  5. kalo mama dan abah solat cepat nak bersila kat tempat sujud..hmmm
  6. nampak telefon terus angkat dan letak di telinga pastu sembang sorang2
  7. dah pandai merajuk, tapi kalau dengan mama, bo layan, mama nak disiplinkan anak mama, if no is no, ok?
  8. manja yg amat..tambahan time sakit2..nampak kelibat mama pun nangis
  9. tak boleh tinggal sesorg mesti nak menjerit (sebab dah terbiasa rumah pengasuh sentiasa ada org teman)
  10. dengar pekataan habis; pandai buat tangan menunjukkan habis..
  11. bila mama sebut pekataan doa akan tadah tangan :)
  12. bila tengok video youtube yg dipasang menyanyi, dah abis mesti nak tepuk tangan hihihi
  13. sangat suka main air, tapi takut air sejuk camne tu..
  14. sangat suka dengar orang mengaji Quran
  15. pandai pegang pen dan tau fungsinya utk tulis atas ketas, tapi nampak kidal anak mama ni
  16. belum ada gigi lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!
  17. rambut dah makin lebat tapi halus dan perang dan dah sgt panjang kene potong dah ni kat belakang. rambut depan masih taklebat sgt
  18. peramah aiman ni..tapi belum dapat tangkap butir2 pekataan selain mama dan abah
Ceria sentiasa!

Anak manja mama!


pandai baca sms dah ye

cakap phone sambil bejalan sebab tu gamba gegar :)

Aiman masih lagi ada ruam2 allergy akibat dari cucuk MMRV. akan mama blogkan kisah ni insyaallah pada entry yg akan datang.

Semoga jadi anak yg baik ye sayang..


salam sayang,
Mama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...