Wednesday, April 13, 2011

Hari LAHIR PERTAMA 9 Jamadil Awal 1432 H

Alhamdulillah,

syukur pada Allah yg sentiasa memayungi kita sekeluarga
memberi segala nikmat utk hamba2Nya yg kerdil ini
setahun yg lepas Aiman selamat dilahirkan
(mengikut kalendar Islam Hijrah)
kelahiranmu bagaikan seribu rahmat 
buat kami; Mama dan Abah
Alhamdulillah
kita sentiasa dimurahkan rezki
sentiasa dipermudahkan segala urusan.

Ya Allah,
Kami sentiasa memohon kepadaMu
supaya sentiasa dilorongkan kami ke jalan yg benar
janganlah Engkau membiarkan kami lalai
supaya tidak selalu alpa dengan kesenangan yg Engkau limpahkan
sentiasa ingat tanggungjawab kami kepada Mu
kurniakanlah kami kesihatan yg baik
supaya dapat beribadat kepadaMu Ya Allah.

kepada Muhammad Aiman Hakim anak yg Mama sayang
semoga menjadi anak yg soleh
menjadi penyejuk hati kami
sentiasa menjadi insan yg merendah diri
tapi berjaya dalam semua bidang
ingat ye sayang
jgn sesekali menjadi bongkak
jauhkan diri dari perasaan sombong dan bermegah2
biarlah berwasatiah dalam kehidupan
biar berjaya di dunia yg paling penting di akhirat


gamba fresh pagi tadi..masa tangkap gamba dgn abah dalam bilik hepi (hanset abah) tapi bila nak hanta ke rumah cik Na masam pulak mukanya tamau senyum dah..sayang jgn sedih2 ye, Mama dan Abah gi kerja mencari rezki, nanti Mama balik rumah kita main sama2 ye sayang..Maaf post yg pendek hari ni, sekadar mengambil peluang post blog sempena tarikh keramat ni, byk lagi benda nak cerita tapi Mama jaga exam pagi dan petang, mengejar waktu menyelesaikan tugas2 di ofis ni. take care sayang! Mama sayang Aiman sampai hujung nyawa!

3 comments:

Lin Chalo said...

Semoga Aiman menjadi anak yg soleh dunia akhirat... :)

ayong afzan said...

Selamat hari ulangtahun, selamat panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik. Seronoknya dah pandai berjalan bila umur dah cukup setahun. Growth development yang boleh dibanggakan... Congrats Abah dan Mama Aima

BUNGA said...

salam ziarah..
Selamat hari lahir Aiman..
semoga membesar dengan sihat dan mnjadi penyejuk hati ayah bonda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...